Selasa, 27 September 2011

Doa

Assalaimulaikum...

"Dan mereka berkata,'segala puji bagi ALLAH yang telah menghilangkan kesedihan dari kami.Sunggguh,tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha Mensyukuri."
(Al-Fathir:34)

Sesungguhnya di sebalik kesedihan ada kegembiraannya dan di sebalik kegembiraan ada kesedihan.
Sesungguhnya di sebalik kesulitan ada kemudahan dan di sebalik kemudahan ada kesulitan.

Oleh itu jangan berhenti berdoa kerana Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "Doa adalah senjata mukmin". Malahan Rasululah SAW juga pernah bersabda bahawa "Doa adalah inti ibadah". Tambahan pula, doa adalah bukti keyakinan kepada kekuasaan dan Maha Pemurah Allah S.W.T., kerananya kehidupan orang mukmin tidak pernah sepi dari doa dan zikir. Bahkan sewaktu Rasululah serta para sahabat berjihad di medan perang pun, doa dan zikir tetap dilafazkan.

Dengan doa dan zikir, seseorang mukmin mendapatkan cinta Rabnya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat dan imannya semakin kuat. Dengan doa dan zikir, hati menjadi hidup dan tenang.

Oleh sebab itu, jangan malas berdoa kerana hanya Allah sahaja yang dapat memakbulkan doa kita.

p/s: Jadikan perbuatan berdoa selepas solat sebagai amalan yang wajib dilakukan.

p/s2: Sebenarnya dengan membaca Al-Fatihah adalah sebuah doa yang lengkap.

p/s3: Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan