Assalaimulaikum!!!!!!!!!!!!!
Hari ini Amal ingin berkongsi sepotong ayat Al-Quran iaitu ;
Dunia ini hanyalah sebuah ladang dimana tempat kita menanam segala amalan kita manalaka di akhirat kelak tempat kita menuai segala hasil amalan kita. Jika kita terlampau mengejar dunia, maka kita akan memperolehi dunia serta akan kehilangan akhirat. Manakala jika kita mengejar akhirat, Insya-Allah kita bakal memperolehi kedua-duannya, iaitu akhirat dan dunia. Maka, beruntunglah orang yang memperolehi kedua-duanya.
Banyak manusia pada masa sekarang terlampau mengejar dunia sehingga kehilangan akhirat. Alhamdulilah, masih ada yang sempat pandang belakang untuk melihat apa yang tertinggal namun masih ada jua yang hanyut dengan fantasi dunia sehingga mereka menjadi golongan orang-orang yang rugi. (Moga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang beruntung serta mendapat lindungan rahmat Allah).
Seorang ulama pernah berkata "lakukanlah ibadat dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan meninggal dunia keesokannya".
Jom kita sama2 berusaha untuk mendapat kedua-duanya,iaitu dunia mahupun akhirat.
p/s: Amal bukanlah seorang hamba Allah yang pandai dalam bab2 agama, malahan Amal juga bukanlah seorang insan yang tergolong dalam kategori alim apatah lagi seorang yang warak. Amal adalah seorang yang hamba Allah yang sedang "bertatih" dalam mengenali ISLAM , agama yang telah Amal anuti sejak 20 tahun yang lalu, Amal sedang berusaha untuk menjadi seorang muslim yang faham serta amalkan apa yang diajari dalam Islam dan masih "merangkak" dalam mencari keredhaa-NYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan