Assalaimulaikum...
Hari ini Amal nak berkongsi sebuah hadis mengenai ceria.
Rasulullah sentiasa berwajah ceria. Beliau pernah bersabda. "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta." (Abu Dawud)
Jadi kenapa kita hendak bersedih sedangkan Rasulullah yang diuji dengan ujian berat mampu tersenyum dan berwajah ceria. Ingatlah yang ujian yang menimpa kita, manusia biasa tidaklah sebesar seperti ujian yang ditimpa oleh Nabi Muhamad SAW. Oleh itu, marilah kita sama-sama memupuk perasan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah. Insya-Allah, kita mampu untuk menanggung segala ujian hidup kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang mulia bahawa tidak diuji seorang hamba melainkan sesuai dengan keupayaannya. Insya-Allah setiap ujian yang menimpa mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan yang pastinya setiap kesusahan itu ada kemudahan.
Tetapi itu tidak bermakna kita sebagai manusia tidak boleh menangis dan bersedih. Kerana sesungguhnya menangis dan memiliki perasan sedih sebenarnya adalah hadiah daripada Allah untuk manusia. Betapa beruntungnya kita manusia kerana memiliki emosi yang bermacam-macam serta air mata. Air mata bukanlah lambang kelemahan seseorang kerana setiap titisan air mata itu adalah itu yang akan membuatkan kita lebih kuat dan berani untuk menghadapi cabaran kehidupan.
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."
( Surah Ali-Imran:139)
p/s: Alhamdulilah, hari ini menerima berita baik daripada University of Queensland. Sudah diterima untuk menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi. Seterusnya adalah mengisi borang untuk memohon visa pula. Moga-moga dipermudahkan segala urusan. Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan