Ahad, 7 Disember 2014

impian 2.0

Aku punya impian untuk punya kawan ramai, untuk menjadi lebih mesra dan peramah. Maaf untuk masa sekarang agar sukar untuk aku mulakan perkenalan yang baru. Untuk kawan kawan aku sekarang, maaf sekiranya aku memilih untuk men'shut down' diri. Maaf kerana atas sebab sesuatu aku tidak boleh tinggalkan dunia sunyi aku sekarang. Cuma dimasa akan datang, aku benar benar ingin punya kawan, ingin lepak bersama sambil menikmati secawan teh tarik panas dan kita akan berbicara tentang macam macam.

Kebidupan ini kadang kala begitu pahit. Walaupun telah ditelan kopi tanpa gula tetap aku rasa hidup ini pahit.

Dan aku tidak bisa lari daripada kepahitan  hidup itu,
yang bisa aku lakukan hanyalah menelan kepahitan itu sambil berdoa.
Dan aku berdoa agar tuhan menghapuskan kepahitan itu sebelum aku berputus asa.

Maaf untuk seketika aku gagal untuk menjadi optimis kerana aku jua manusia biasa yang kadang kala celaru dengan jalan ini.

Rabu, 3 Disember 2014

Impian

sekadar menulis untuk mengingati diri 'oh rupa rupanya aku juga punya angan angan cuma sama ada aku berpeluang untuk mencapainya atau tidak?'

aku punya impian untuk menikmati matahari terbenam di SP sekembalinya aku di "Tanah Ratu " nanti sambil menikmati ais parut dan ayam goreng.

aku juga punya impian, satu hari nanti dengan memakai hanya tudung hitam plain, beg sandang, t shirt muslimah, jean dan sneaker aku ingin memerhatikan manusia sambil ditemani maybe secawan cappuccino.

oh manusia itu pelik,
dan akulah sebahagian manusia pelik itu

Khamis, 20 November 2014

Random

"Orang cakap daripada pendam, better cakap."

"Tapi macam mana nak cakap if kita dah tahu hakikat sebenarnya "

"Then move on."

"Tapi...."

"Oh God! Listen and think. In life, tak semua orang akan kekal dengan kita. People come and people leave. Yang penting, move on and terus hidup macam biasa. Life is short and perhaps really unpredictable. We do not know bila ajal kita yang penting kita kena rasai kehidupan ini dengan keredhaanNya."


-------------------------------------------

It just a random thing in my mind.
Tadi jalan jalan kat city. Even though I supposed to be happy sebab exam dah habis and Alhamdulillh dah berjaya menamatkan third year.
Rasa sangat kosong and kosong.

 Oh manusia. banyak songeh kan tapi itulah manusia.
Payah bersyukur dan banyak merungut.  (Ok kata kat diri sendiri)


Amal
St Lucia.

Selasa, 11 November 2014

tanpa tajuk

Makin tenat.
Makin penat.

Hidup, ada kalanya aku ingin berputus asa.
Aku penat untuk melangkah lagi,
Setiap langkah yang aku ambil,
hanya mampu menambahkan luka dihati.

Sungguh aku doakan aku bahagia dengan langkah ini.
Aku juga doakan kau bahagia dengan langkah engkau.
Kita masih berada dilangit biru yang sama.
Cuma destinasi kita tidak sehaluan lagi.


Sekian. dikala monolog biologist-chemist-to-be yang sedang berusaha untuk mempelajari semua modul med chem.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Ke-survive-an.

Assalaimulaikum..

Trust me, this is my buzier sem that i ever had since dah jadi undergraduate student. For the first time, i choose the risks, 3 subjects without final exam and all the assessments were assignment based. And 3 reports to write ( two reports worth for 50% and 1 report for 40%), 1 more quiz to do and 30% lab note book that must be done before this friday. Sama ada aku mampu survive ke tak tak sure yang penting aku percaya insyaAllah aku mampu survive sebab aku berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah yang mana Allah telah berfirman, "Dia tidak akan menguji hamba-hambaNya jika hamba-hambaNya tak mampu hadapi". 

InsyaAllah 1 more year to go, then graduate and balik Malaysia and kahwin.


Sebenarnya aku tengah stress buat report organic chemistry aku, lepas ni aku nak buat report PDP pula. Steve tetap nak kami patent product kami, maka terpaksa lah aku buat patent search to make sure aku boleh patent product kami. 


Sekian, 
Minggu serabut seorang pelajar.

Rabu, 27 Ogos 2014

cik isteri banyak songgeh

cik isteri banyak songeh bakal keluar tak lama lagi. Oh yeah. dah hampir setahun menunggu.




Selasa, 8 Julai 2014

Sakit dan Langit

Sakit,
Itu yang ku rasa,
Saat kerinduan itu mencengkam hati,
Tetapi saat aku memandang langit biru itu,
Aku tahu sesungguhnya aku dan engkau memandang langit yang sama,
walaupun di mana engkau berada
Percayalah dan aku tetap akan mendoakan yang terbaik untuk engkau,
Moga engkau dan aku tetap akan bahagia walaupun jalan yang kita tujui tidak lagi sehaluan.

p.s: tidak ada kena mengena antara dengan kehidupan sekarang, cuma taktala rasa bosan menjengah hati disamping serius bukan mudah nak cari supervisor maka aku bukan menjadi aku, imaginasi mula ingin melakar sesuatu yang ada nilai "sasteranya" walaupun entah dimana ada keseniannya.


Jumaat, 27 Jun 2014

hidup selepas exam

Alhamdulillah... maka berakhir satu sem yang penuh drama suka duka. Moga segala pengalaman yang dilalui mendewasakan diri serta pemikiran.

untuk kiahans semua ( housemates) Jazakilahukhairan kasiran untuk segala.

Maka inilah catatan hidup manusia bernama Amal setelah habis exam
umpama lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. begitulah jua amal dan makanan. ini misi pikat hati mak mertua. ehh silap ini misi memikat hati housemates sudah. 
At pancake manor: Kak Ili's Farewell party and Aisha's birthday celebration

Muka bahagia orang dah habis exam. Tahniah kak Ili. cepat2 kahwin..kiahans menunggu anak buah daripada akak. Bakal merindui kak ili. Lepas ini dah tak ada orang nak belebel kat Amal if Amal tak pakai moisoturizer and lotion.

checked hot and troppo.

At movie world. sumpah Amal tak suka naik roller coaster. Rasa nak terkeluar jantung

After first ride. 

let's fly together

yang paling best, stunt man

assignment yang mampu membuatkan Amal menangis tapi alhamdulillah untuk assignment ini Amal dapat 18/20.😁😁😁😁


kiahans semua

Ahad, 8 Jun 2014

Exam

Assalamulaikum..

The last post was somewhere in nov last year.

Exam is just around the corner.
Yeah my first paper is going to be on the first day and it's my killer paper,advanced organic chemistry.

It's sound hard and yes I am not one of the clever girl able to think about any forward and retro synthesis just by looking out the target molecules.

Most of the time when I looked out the target molecules, I just so freak.
I guess i should learn how to be cool and calm.
Anyway, Craig was just being over reacting when he said organic chemistry is so easy when you do everything he said. You are genius craig but i am not
Anyway just hoping that I can do the best for this subject.

I just hope that I can get over the exam and have a nice vocation.
Seriously i need an escapism.

Ohh Allah help me because you are the only one who can help me.

Peeps, please pray for me.
At least so that i can finish my study on time without wasting "duit rakyat"
my uni fee was so expensive.



Till we meet again.
Pray for me, please as we never know who's dua Allah will accept. 

A lot of love,
Amal.
The chemist+biotechnologist to be who trying to understand De Voss's part in the organic chemistry.