Hari ini Amal hendak berkongsi sebuah cerita yang perlu dijadikan renungan dalam kehidupan kita. Moga cerita yang bakal dihikayatkan oleh Amal mampu membuatkan kita menjadi hamba-hamba-NYA yang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Hal ini kerana setiap orang mempunyai kelebihan mahupun kelemahan masing2 dan sekiranya kita saling membantu, mencukupi apa yang tidak cukup,nescaya kehidupan kita akan bertambah baik yang penting sekali kita saling mendapat keredhaan-NYA.
Kepandaian yang berbeza itulah yang ingin Amal hikayatkan pada post kali ini. Pada satu masa dahulu ada seorang hamba Allah menaiki sampan untuk menyeberangi sebatang sungai yang luas dan dalam. Hamba Allah ini seorang yang berpelajaran dan kebetulan dalam sampan tersebut hanya ada hamba Allah yang berpelajaran dan pemilik sampan yang kurang berpelajaran. Semasa dalam perjalanan, hamba Allah yang berpelajaran ini pun berbual-bual dengan pemilik sampan yang kurang berpelajaran."Kamu pandai membaca dan menulis?" tanya hamba Allah yang berpelajaran. Lalu pemilik sampan itu pun menjawab tidak. Di tengah2 sungai, tiba2 mereka mendapati sampan yang mereka naiki itu bocor dan akan tenggelam serta karam. Lantas pemilik sampan yang kurang berpelajaran itu bertanya kepada hamba Allah sama ada dia pandai berenang ataupun tidak. Malangnya hamba Allah tersebut rupa2nya tidak pandai berenang. Lalu pemilik sampan pun bertanya bagaimanakah hamba Allah tersebut mahu menyelamatkan diri???
Jadi, antara pengajaran yang dipelajari dalam hikayat "Kepandaian yang berbeza" ini ialah jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain kerana setiap orang dikurniakan dengan kepandaian yang berbeza. Ada sesuatu yang kita miliki yang orang lain tak ada dan ada jua sesuatu yang orang lain miliki tetapi kita tidak mempunyainya seperti hamba Allah yang berpelajaran itu, walaupun dia mempunyai kepandaian dalam bidang akademi tetapi dia tidak memiliki ilmu untuk berenang dan pemilik sampan tersebut walaupun tidak pandai membaca serta menulis tetapi dia seorang yang pandai berenang, lantas dapat menyelamatkan dirinya daripada mati lemas. Oleh sebab itu hendaklah kita sama2 saling memupuk perasaan bersyukur dengan apa yang kita miliki serta menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.
Jadi sekiranya kita berasa kita seorang yang tidak berguna, sematlah dihati kecil kita bahawa kita seorang yang berharga. Dengan itu kita akan lebih bersyukur.
p/s: Masa Amal sedang menulis ayat anda seorang yang berharga, Amal teringat pada iklan produk kecantikan yang mana dutanya adalah Datuk Siti Nurhaliza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan