Selasa, 6 September 2011

Tudung!!!

Assalaimulaikum...

Hari ini Amal nak berkongsi pendapat tentang "TUDUNG"

Tudung wanita itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?

Tudung pada wajah adalah jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata adalah jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

Tudung pada suara adalah jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.

Tudung pada hati adalah dengan mengingati Allah melalui tasbih Siti Fatimah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.


p/s: Sekarang ini ramai perempuan Islam dah bertudung tetapi kebanyakkan mereka memahami erti bertudung adalah menutup rambut. Hendaklah kita ketahui bertudung yang telah diwajibkan oleh Allah adalah yang menutup aurat iaitu dengan menutup rambut serta melabuhkannya sehingga ia menutupi dada.

p/s2: Memanglah Islam tidak melarang kita berfesyen tetapi ada batas2nya yang perlu dijaga sekiranya hendak berfesyen. Bagi Amal sekiranye kita berfesyen tetapi masih menjaga batas2 agama, masyarakat sekeliling akan memandang betapa indahnya Islam.

p/s3: Dan kepada yang nak berfesyen dalam bertudung, Amal tak kisahpun kalau nak melilit sana, melilit sini tetapi boleh tak jangan pinkan tudung kat belakang sehingga boleh bayang besar mana anak leher . Sebenarnya nampak macam " batu nisan" yang bergerak je. Dan janganlah pakai "bonggol unta" dan sanggul tinggi2. Langsung tak nampak cantik, ok!!!!!!!

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman,Kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan mereka ) berpakaian tapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"
~Hadith riwayat Ahmad~


"Dua golongan penghuni neraka yang aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia : golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, Kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
~Hadith riwayat Muslim~


Jadi, kalau nak berfesyen sekalipun janganlah kita melanggar syariat Islam. Dah cantik pun kalu bertudung sebab kita dah dalam langkah untuk menutup aurat tetapi jangan sempitkan pemikiran kita yang jahil ini bahawa tudung adalah yang menutup rambut sahaja. Pendek cerita tudung yang sebenar dalam Islam adalah yang kita boleh guna dalam solat.

Moga2 kita sentiasa mendapat rahmat Allah!!!!!!!!! AMIN.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan