Aku punya impian untuk punya kawan ramai, untuk menjadi lebih mesra dan peramah. Maaf untuk masa sekarang agar sukar untuk aku mulakan perkenalan yang baru. Untuk kawan kawan aku sekarang, maaf sekiranya aku memilih untuk men'shut down' diri. Maaf kerana atas sebab sesuatu aku tidak boleh tinggalkan dunia sunyi aku sekarang. Cuma dimasa akan datang, aku benar benar ingin punya kawan, ingin lepak bersama sambil menikmati secawan teh tarik panas dan kita akan berbicara tentang macam macam.
Kebidupan ini kadang kala begitu pahit. Walaupun telah ditelan kopi tanpa gula tetap aku rasa hidup ini pahit.
Dan aku tidak bisa lari daripada kepahitan hidup itu,
yang bisa aku lakukan hanyalah menelan kepahitan itu sambil berdoa.
Dan aku berdoa agar tuhan menghapuskan kepahitan itu sebelum aku berputus asa.
Maaf untuk seketika aku gagal untuk menjadi optimis kerana aku jua manusia biasa yang kadang kala celaru dengan jalan ini.