Selasa, 27 September 2011

Doa

Assalaimulaikum...

"Dan mereka berkata,'segala puji bagi ALLAH yang telah menghilangkan kesedihan dari kami.Sunggguh,tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha Mensyukuri."
(Al-Fathir:34)

Sesungguhnya di sebalik kesedihan ada kegembiraannya dan di sebalik kegembiraan ada kesedihan.
Sesungguhnya di sebalik kesulitan ada kemudahan dan di sebalik kemudahan ada kesulitan.

Oleh itu jangan berhenti berdoa kerana Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "Doa adalah senjata mukmin". Malahan Rasululah SAW juga pernah bersabda bahawa "Doa adalah inti ibadah". Tambahan pula, doa adalah bukti keyakinan kepada kekuasaan dan Maha Pemurah Allah S.W.T., kerananya kehidupan orang mukmin tidak pernah sepi dari doa dan zikir. Bahkan sewaktu Rasululah serta para sahabat berjihad di medan perang pun, doa dan zikir tetap dilafazkan.

Dengan doa dan zikir, seseorang mukmin mendapatkan cinta Rabnya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat dan imannya semakin kuat. Dengan doa dan zikir, hati menjadi hidup dan tenang.

Oleh sebab itu, jangan malas berdoa kerana hanya Allah sahaja yang dapat memakbulkan doa kita.

p/s: Jadikan perbuatan berdoa selepas solat sebagai amalan yang wajib dilakukan.

p/s2: Sebenarnya dengan membaca Al-Fatihah adalah sebuah doa yang lengkap.

p/s3: Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.

Isnin, 26 September 2011

Ceria

Assalaimulaikum...

Hari ini Amal nak berkongsi sebuah hadis mengenai ceria.

Rasulullah sentiasa berwajah ceria. Beliau pernah bersabda. "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta." (Abu Dawud)

Jadi kenapa kita hendak bersedih sedangkan Rasulullah yang diuji dengan ujian berat mampu tersenyum dan berwajah ceria. Ingatlah yang ujian yang menimpa kita, manusia biasa tidaklah sebesar seperti ujian yang ditimpa oleh Nabi Muhamad SAW. Oleh itu, marilah kita sama-sama memupuk perasan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah. Insya-Allah, kita mampu untuk menanggung segala ujian hidup kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang mulia bahawa tidak diuji seorang hamba melainkan sesuai dengan keupayaannya. Insya-Allah setiap ujian yang menimpa mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan yang pastinya setiap kesusahan itu ada kemudahan.

Tetapi itu tidak bermakna kita sebagai manusia tidak boleh menangis dan bersedih. Kerana sesungguhnya menangis dan memiliki perasan sedih sebenarnya adalah hadiah daripada Allah untuk manusia. Betapa beruntungnya kita manusia kerana memiliki emosi yang bermacam-macam serta air mata. Air mata bukanlah lambang kelemahan seseorang kerana setiap titisan air mata itu adalah itu yang akan membuatkan kita lebih kuat dan berani untuk menghadapi cabaran kehidupan.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."

( Surah Ali-Imran:139)

p/s: Alhamdulilah, hari ini menerima berita baik daripada University of Queensland. Sudah diterima untuk menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi. Seterusnya adalah mengisi borang untuk memohon visa pula. Moga-moga dipermudahkan segala urusan. Amin....

Sabtu, 24 September 2011

Wanita

Assalaimulaikum....

Wanita adalah makhluk istimewa yang dicipta oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki. Oleh sebab itu, hari ini Amal nak berkongsi antara hadis mengenai insan bernama "Wanita".

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, Maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Sesungguhnya wanita itu sangat istimewa. Kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. Selain itu ustazah Amal pernah berkata sesungguh untuk seorang wanita memasuki syurga amat mudah. Hal ini demikian kerana dengan mentaati suami serta melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhi larangan-NYA, Insya-Allah syurga lah menjadi milik wanita di akhirat kelak. Malahan betapa Amal bersyukur kerana dilahirkan sebagai perempuan Islam dan Insya-Allah suatu masa nanti Amal akan menjadi wanita Islam dan Ibu kerana Islam merupakan agama yang benar yang membebaskan perempuan daripada penindasan di samping Islam mengangkat tinggi darjat seorang perempuan yang bergelar ibu. Oleh itu, wahai wanita, perempuan mahupun muslimah marilah sama2 kita menjaga kehormatan kita. (Errrkkk ini juga merupakan peringatan untuk Amal.

p/s: Perkongsian ini merupakan perkongsian daripada Hamba Allah dalam sebuah group muka buku yang Amal sertai.

p/s2: Harapan Amal adalah Amal dapat menjadi muslimah yang mendapat keredhaan-NYA malahan berjaya menjadi isteri dan ibu solehah. Wah, tidak sabar untuk bergelar ibu. (Nanti nak anak-anak panggil Amal sebagai umi----->comelkan????) Tidak lupa juga menjadi wanita yang berjaya. Insya-Allah Chemical Biotechnologist in the making.

p/s3: Ingatlah bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Amal akan berusaha untuk menjadi wanita yang baik kerana Amal menginginkan seorang iman yang baik yang memimpin Amal untuk mendapat keredhaan-NYA. Sahabat amal pernah menasihati bahawa sekiranya anda ingin mendapat suami seperti Saidina Ali, hendaklah kita, wanita menjadi wanita seperti Saiditina Fatimah Az-Zahra.

p/s4: Post ini ditaip semasa Amal sedang mendengar lagu Just The Way You are by Bruno Mars.

Jumaat, 23 September 2011

Kepandaian yang berbeza

Assalaimulaikum...

Hari ini Amal hendak berkongsi sebuah cerita yang perlu dijadikan renungan dalam kehidupan kita. Moga cerita yang bakal dihikayatkan oleh Amal mampu membuatkan kita menjadi hamba-hamba-NYA yang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Hal ini kerana setiap orang mempunyai kelebihan mahupun kelemahan masing2 dan sekiranya kita saling membantu, mencukupi apa yang tidak cukup,nescaya kehidupan kita akan bertambah baik yang penting sekali kita saling mendapat keredhaan-NYA.

Kepandaian yang berbeza itulah yang ingin Amal hikayatkan pada post kali ini. Pada satu masa dahulu ada seorang hamba Allah menaiki sampan untuk menyeberangi sebatang sungai yang luas dan dalam. Hamba Allah ini seorang yang berpelajaran dan kebetulan dalam sampan tersebut hanya ada hamba Allah yang berpelajaran dan pemilik sampan yang kurang berpelajaran. Semasa dalam perjalanan, hamba Allah yang berpelajaran ini pun berbual-bual dengan pemilik sampan yang kurang berpelajaran."Kamu pandai membaca dan menulis?" tanya hamba Allah yang berpelajaran. Lalu pemilik sampan itu pun menjawab tidak. Di tengah2 sungai, tiba2 mereka mendapati sampan yang mereka naiki itu bocor dan akan tenggelam serta karam. Lantas pemilik sampan yang kurang berpelajaran itu bertanya kepada hamba Allah sama ada dia pandai berenang ataupun tidak. Malangnya hamba Allah tersebut rupa2nya tidak pandai berenang. Lalu pemilik sampan pun bertanya bagaimanakah hamba Allah tersebut mahu menyelamatkan diri???

Jadi, antara pengajaran yang dipelajari dalam hikayat "Kepandaian yang berbeza" ini ialah jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain kerana setiap orang dikurniakan dengan kepandaian yang berbeza. Ada sesuatu yang kita miliki yang orang lain tak ada dan ada jua sesuatu yang orang lain miliki tetapi kita tidak mempunyainya seperti hamba Allah yang berpelajaran itu, walaupun dia mempunyai kepandaian dalam bidang akademi tetapi dia tidak memiliki ilmu untuk berenang dan pemilik sampan tersebut walaupun tidak pandai membaca serta menulis tetapi dia seorang yang pandai berenang, lantas dapat menyelamatkan dirinya daripada mati lemas. Oleh sebab itu hendaklah kita sama2 saling memupuk perasaan bersyukur dengan apa yang kita miliki serta menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

Jadi sekiranya kita berasa kita seorang yang tidak berguna, sematlah dihati kecil kita bahawa kita seorang yang berharga. Dengan itu kita akan lebih bersyukur.

p/s: Masa Amal sedang menulis ayat anda seorang yang berharga, Amal teringat pada iklan produk kecantikan yang mana dutanya adalah Datuk Siti Nurhaliza.


Rabu, 21 September 2011

Sanah Helwah Mom

Assalaimulaikum....

You love me like flowers that love God's words,
Never tired of spreading their aroma of happiness,
Never tired of calming their worries,
You love me like the sun that loves us, thy God,
Never tired of radiating its bright light,
Never tired of valuing life.

But most of all, thank you for being in my life and for showing your endless support in mine. I could have not gone through all the adversities, tests, trials and tribulations in my life without you to break any of my falls. I am sure I speak for all your children that though we sometimes don't shower your enough praise and admiration but we all love you dearly and thank to Allah continuously for sharing you in our lives.

May Allah grant you the greatest of health and providence of a long, illustrious life. May Allah bless you with love, perseverance and hope.

p/s: Mom, you are not only my mom who gave me a birth since 20 years ago but you are my dad since 14 years ago and you are also my adviser, my motivator, my bank, my friend, and you are everything for me. I will work hard to become healthy again. And sorry for not being a good daughter and always being the black sheep in our family.

Love you forever and ever,
You lovely daughter..

Ahad, 18 September 2011

Life~His plannings and enjoy them

Assalaimulaikum...

Alhammdulilah, after being emotional for the past few days (because I am merely a human being and I have emotions just like anyone else), Today I felt slightly better and it's true that when you think positive, you will feel better and Insya-Allah, you can also get the positive results in whatever you do. So, let's first change our thought and then we can change our world.

Just remembered what had been wrote by one of the authors from my favourite motivation book,Chicken Soup for the Soul that human spirit is stronger than anything can happen to it. So let's fight for our dreams and hopes.

In the eyes of some of us, life may seem so cruel and unfair. Especially when you had some of the tough times and when you felt so frustrated by disappointment and not reaching your goals. But Allah in His Holy Al-Quran already said that;

"..and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know."

(2;216)

Having experienced what I've gone through over the last few months living with diabetes and realizing how difficult it was to me,(yup, it was not easy to control the BGL as it will also effected my BP) make me realized that sometimes Allah tests someone with an illness as a way for us to always remember Him, keep the faith to Him through thick and thin. Moreover Allah also tests someone with an illness as a way to expiate the sins they have committed and the most important is to test their belief in God's plannings.

"Whatever misfortune happens to you, is because of the things your hands have wrought and for many (of them), He grants forgiveness."

(As-Syura;42;30)

As a muslims, we have always been taught to believe in the plannings of our Creator, no matter how difficult it might be and I always told myself that the scale of the test afflicted upon us reflects how high Allah regards us. Allah knows that we have strength in us to face up to the test that He gives, or else He wouldn't have given us one. As Allah promised in the Holy Al-Quran;

"God charges no soul save to its capacity, that is, what it is capable of bearing...."

(2;286)

So, indeed from being emotional and blame the fate, let's enjoy His plannings. I am quite sure there are many things that we can learn from the trials. Just look at the positive sides and we will learn to be grateful.

Life is short.
Don't ever waste it.
Life is sweet.
Take time to taste it.
Life is a journey.
Find the right path.
Life is entertaining.
Don't be afraid to laugh.
Life is for good times.
Make them last.
Life has its bad times.
Put them in the past.
Life is a chance.
Make sure you take it but most importantly life is what you make it

p/s: I am learning to be a strong and unbreakable muslimah. A part of I wrote were somethings that I did not have yet I am learning to have it. For example if you think that I am a grateful girl, you are totally wrong as right now I still struggle to become a really grateful girl. But I believed by being a grateful girl I will able to taste the sweetness of life and trials. So, let's pray that we will become the great muslims.

p/s2: Ohh Allah, there are many things that I really miss. I miss my good health, my life as a students and many more and ohh Allah, please give me a little of patience and courage to face all these trials.

Khamis, 15 September 2011

Life is a beautiful struggle

Assalaimulaikum...

First at all I just want to say, "Ya Allah, I really miss my health".

Ibn Abbas( May Allah be please with him) reported; Messenger of Allah (PBUH) said,"There are two blessings in which many people incur loss.(They are) health and free time (for doing good)"

(Al-Bukhari)

Alhamdulilah, I am starting to feel better again. Yup I gained my confidence again and I really hope that I will not lose it again. It was so hard to recover back when we fall down however when there is a will, you can do it. Even though you start to lose your confidence, Remember that Allah is more powerful. Allah is indeed the best in His planning. Well we may lose somethings yet we also gain somethings. Somethings that maybe we don't want them yet Allah is knowing everything and He gives everything that we need.

Insya-Allah I believe there is always a hikmah behind everything. Allah has destined for us, even though at times we struggle to realize the hikmah behind things that afflict us.

" We will surely put you to trial by involving you in fear and hunger and by causing loss of property, life, and earnings. And give good tidings to those who remain steadfast in these trials:when a misfortune comes to them, they say, " We are Allah's and we shall certainly return to Him", their Lord will bestow great blessings and mercy upon them ; such are the people who are rightly guided."
(Al- Baqarah; 155-157)

And Insya-Allah, Allah will give the one who perseveres in this kind of fortitude to taste the sweetness of surrender and the rest in the serenity of contentment. Moreover Allah in the Holy Al-Quran said ;

"So, the fact is that along with every hardship there is also ease. Indeed, with every hardship there is also ease"

(Al-Insyirah;94;5-6)

The Hidden Knowledge.
I asked for strength, and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom, and Allah gave me problem to solve.
I asked for prosperity, and Allah gave me a brain and brawn to work.
I asked for courage, and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked for love, and Allah gave me troubled people to help.
I asked favour, and Allah gave me opportunities.
I received nothing I wanted but I received everything I needed.

Besides life is a beautiful struggle where we able to receive everything we needed.




p/s:I am a not strong girl yet I am learning how to be a strong and unbreakable girl.

p/s2: I am fighting with my diabetes now. I need to get the good health which mean free from diabetes because I need to be a healthy girl especially when I need to undergo the next and new medical check up for Australian visa next month. The most important thing why I need to stay healthy as I want to perform my ibadah perfectly.So, please pray that everything will turn up really well this time because I might become &%#@$ if I need to postpone it again.

p/s3:It's ok to cry but the most essential thing is how we reacted after we cried? And I choose to become strong person because to be able to cry and sad are the nikmat that Allah gives to me. They make me look a weak person instead they actually make me become better.

p/s4: Life is beatiful, right??? (It's a rhetoric question)



Selasa, 13 September 2011

It's OK to cry

Assalaimulaikum...

I choose to live well..

I tried to be cool and relax but in real fact I am not. I just like everyone else, a normal human being. I cry when things go beyond my control. I cry when trials just kept on coming over and over again. I cry when I feel helpless in the battle I face.

At first I felt really angry toward myself If I cried. I hate myself when I unable to control my emotion. I tried to be someone who is very strong and with an iron resolve. I tried not to cry in front of Angah and mom because I did not wanted them to wallow in the sadness. Hearing Angah and Mom crying really broke my heart.

But everything changed when I read a blog from a doctor who was fought with cancer. He already died last year and now, every post in his blog was wrote by his mom.

He said "it is ok to cry because it is natural for a human being to feel sorrow over times of hardship. The heart doesn't have to be dead or numb. And the act of crying does not necessarily denotes that one has not got the strength of patience and fortitude. Our beloved Prophet cried over the death of his son, Ibrahim, yet he is the epitome of strength in the face of trials and tribulations. As long as crying doesn't turn into wailing or sobbing loudly, as if we are venting our anger to the One who has decided on our destiny. And that we don't remain trapped in this pool of sadness, acting like someone who is totally paralyzed by what has happened, as if it is the end of the world." And he was also said that " the most important thing is how we reacted after we cried. So a person with seemingly strong character does not necessarily mean that she/ he never shed tears over a calamity. In life, there will definitely be a day when you might fall down. You cried but it isn't the injury or the nature in which you fell that matters but it is how you get up from it. And that is the character of "STRENGTH".To get up when you have fallen down.To cry over something that saddens you is a mercy which Allah puts in the hearts of His servants. And verily Allah shows mercy to those of His servants who are merciful.Insya-Allah!!!

~Mas Afzal Masarudin~

Well to be honest, I cried when I read all his posts. He make me to realise that I am better than him. At least I still the high chance to live longer than him even though it is hard for my disease to cure but nothing is impossible as long as we believed with Allah. And I want to be strong as

“The strong believer is better and is more beloved to Allah than the weak believer, although both are good. Strive to attain that which will benefit you and seek the help of Allah, and do not feel helpless.”
(Saheeh Muslim, hadeeth no. 2664)

Besides, strength does not come from physical capacity. It comes from an indomitable will. Allah certainly has unique ways to show His love.


p/s: I am learning to be more grateful and Ohh Allah, please give me a little of strength and patience in order to cope with all this test.

p/s2: I hope that I able to meet MAM. Unfortunately I was too late but his writings inspires me so much and I decided to live well. Thank you MAM...

Selasa, 6 September 2011

Muslimah Sejati!!

Assalaimulakum....

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Moga Amal menjadi seorang muslimah sejati yang mendapat keredhaan-NYA di dalam kehidupan yang sementara ini.

p/s: Amal berharap suatu hari nanti Amal betul2 dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sekarang ni masih "meniarap" untuk mengenali Islam yang telah Amal anuti selama 20 tahun. Sesungguhnya setiap perubahan itu memerlukan kekuatan dan moga2 Allah tidak putus2 membekalkan Amal sedikit kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tudung!!!

Assalaimulaikum...

Hari ini Amal nak berkongsi pendapat tentang "TUDUNG"

Tudung wanita itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?

Tudung pada wajah adalah jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata adalah jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

Tudung pada suara adalah jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.

Tudung pada hati adalah dengan mengingati Allah melalui tasbih Siti Fatimah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.


p/s: Sekarang ini ramai perempuan Islam dah bertudung tetapi kebanyakkan mereka memahami erti bertudung adalah menutup rambut. Hendaklah kita ketahui bertudung yang telah diwajibkan oleh Allah adalah yang menutup aurat iaitu dengan menutup rambut serta melabuhkannya sehingga ia menutupi dada.

p/s2: Memanglah Islam tidak melarang kita berfesyen tetapi ada batas2nya yang perlu dijaga sekiranya hendak berfesyen. Bagi Amal sekiranye kita berfesyen tetapi masih menjaga batas2 agama, masyarakat sekeliling akan memandang betapa indahnya Islam.

p/s3: Dan kepada yang nak berfesyen dalam bertudung, Amal tak kisahpun kalau nak melilit sana, melilit sini tetapi boleh tak jangan pinkan tudung kat belakang sehingga boleh bayang besar mana anak leher . Sebenarnya nampak macam " batu nisan" yang bergerak je. Dan janganlah pakai "bonggol unta" dan sanggul tinggi2. Langsung tak nampak cantik, ok!!!!!!!

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman,Kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan mereka ) berpakaian tapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"
~Hadith riwayat Ahmad~


"Dua golongan penghuni neraka yang aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia : golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, Kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
~Hadith riwayat Muslim~


Jadi, kalau nak berfesyen sekalipun janganlah kita melanggar syariat Islam. Dah cantik pun kalu bertudung sebab kita dah dalam langkah untuk menutup aurat tetapi jangan sempitkan pemikiran kita yang jahil ini bahawa tudung adalah yang menutup rambut sahaja. Pendek cerita tudung yang sebenar dalam Islam adalah yang kita boleh guna dalam solat.

Moga2 kita sentiasa mendapat rahmat Allah!!!!!!!!! AMIN.....



Jumaat, 2 September 2011

Song of my heart

Just as the flowers dance, swayed by the wind

And the earth is appeased by the rain

This world lives by being close together, and yet

Why do people wound each other

Why do separations happen?

Even if you were to go far away

Always in the centre of my heart

I would be filled to the brim by that gentle smile of your

Even if this fragment of yours that I hold were to pain me

It still connects us, I believe we will meet again

I am waiting for your love

I love you

I trust you

Please share your loneliness with me

I love you

I trust you

Be it light or darkness

We will be able to trust each other

No,don’t let go

Dunia dan Akhirat.

Assalaimulaikum!!!!!!!!!!!!!


Hari ini Amal ingin berkongsi sepotong ayat Al-Quran iaitu ;

‎"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertaqwa. TIDAKKAH KAMU MENGERTI? (6:32)"

Dunia ini hanyalah sebuah ladang dimana tempat kita menanam segala amalan kita manalaka di akhirat kelak tempat kita menuai segala hasil amalan kita. Jika kita terlampau mengejar dunia, maka kita akan memperolehi dunia serta akan kehilangan akhirat. Manakala jika kita mengejar akhirat, Insya-Allah kita bakal memperolehi kedua-duannya, iaitu akhirat dan dunia. Maka, beruntunglah orang yang memperolehi kedua-duanya.

Banyak manusia pada masa sekarang terlampau mengejar dunia sehingga kehilangan akhirat. Alhamdulilah, masih ada yang sempat pandang belakang untuk melihat apa yang tertinggal namun masih ada jua yang hanyut dengan fantasi dunia sehingga mereka menjadi golongan orang-orang yang rugi. (Moga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang beruntung serta mendapat lindungan rahmat Allah).

Seorang ulama pernah berkata "lakukanlah ibadat dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan meninggal dunia keesokannya".

Jom kita sama2 berusaha untuk mendapat kedua-duanya,iaitu dunia mahupun akhirat.


p/s: Amal bukanlah seorang hamba Allah yang pandai dalam bab2 agama, malahan Amal juga bukanlah seorang insan yang tergolong dalam kategori alim apatah lagi seorang yang warak. Amal adalah seorang yang hamba Allah yang sedang "bertatih" dalam mengenali ISLAM , agama yang telah Amal anuti sejak 20 tahun yang lalu, Amal sedang berusaha untuk menjadi seorang muslim yang faham serta amalkan apa yang diajari dalam Islam dan masih "merangkak" dalam mencari keredhaa-NYA.