Khamis, 17 Januari 2013

random again part10- masa silam.

Setiap orang ada masa depan evenp though dia lah pelaku dosa pada masa lalu.
Setiap orang ada masa silam.
Aku juga ada masa silam,yang kadang aku rasa sangat manis untuk dilupakan dan kadang kala masa silam aku itu sangat pahit,sangat payah untuk dilupakan apatah lagi untuk ditelan.

Tetapi percayalah sama ada kita suka atau tak,pengajaran di masa silam itulah yang bina diri kita hari ini. Kisah silam aku penuh dengan onak duri. Sekira aku tidak diingati bahawa tidak beriman seseorang sehinggalah dia diuji,sudah pasti aku sudah berputus asa sejak dahulu lagi. Dan mungkin jika aku telah menoktahkan perjuangan aku,aku tidak miliki apa yang aku ada dan nikmati hari ini. Alhamdulillah.

Aku ada family dan kawan2 yang baik especially cik2 energy boosters aku. Aku rindu kalian.

Aku rindu gatton tapi aku tak rindu brisbane. aku rindu bulan yang besar dan cantik yang aku temui di gatton. Sorry aku suka stargaze seorang sebab kadang aku emotionless dan less romantic.

Selasa, 15 Januari 2013

Duit..


seperti biasa aku emo sikit( baca; banyak) so guna bahasa kasar and blog jadi mangsa.



Duit.
semua orang fikir pasal duit.
aku tak percaya jika orang cakap duit tak penting dalam hidup.
tanya manusia (aku still lagi guna perkataan manusia dengan harapan kita semua still dapat guna akal fikiran kurniaan tuhan)
perkara penting pada pandangan mata duniawi mereka.
duit,cinta,keseronakkan dan kebebasan dalam melakukan apa sahaja.


Gara2 duit semua boleh berubah.
duit bawa kau ke syurga.
duit bawa kau ke neraka.
duit bawa kau kenal tuhan.
duit buat kau lupa tuhan.


jangan kita semua sembah duit macam sembah tuhan.
aku pasti ramai je yang sembah duit lebih daripada kau sembah tuhan.


p.s;sekarang ini musim bola,selalu aku lihat peniaga set up gerai mereka before pukul 1 petang,so aku selalu tanya bile mereka solat zohor and asar? yang tengok bola macam mana sebab game start pukul 4.45 petang sedangkan game habis pukul 6 petang lebih macam tu. Sorry aku tanya soalan sensitif sebab itu yang berlegar dalam kepala otak aku sedangkan tiada surau berdekatan dengan stadium. Parking mak aku tepi stadium je sebab tu aku dapat lihat pelbagai kerenah ini semua. Dan sebenarnya sebahagian tapak yang mereka jual tu parking mak aku. Tiap-tiap bulan mak aku bayar tender parking kat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang aku rasa tak menjalankan tugas langsung. Yang aku geram sangat tiap-tiap bulan mak aku bayar tender tepat pada masanya, tapi berpuluh keping surat mak aku hantar kat MPKT mohon baik pulih kawasan parking sampai sekarang tiada jawapan pun.

p.s2; Aku dah tahu perangai peniaga-peniaga especially yang jual air. Mereka jual air tak dimasak. Suggestion better bawa air sendiri. lagi selamat and bersih. Bagi aku mereka semua tamak.Sampah berniaga buang merata-rata dalam kawasan parking. Dah jadi satu kerja pulak, mak aku kena upah orang bersih kawasan parking, jika tak datang surat amaran. Mak aku sebagai peniaga mesti nak jaga nama baik dia. 

p.s3; mak aku pesan berniaga biar jujur. baru berkat. 

Jika tak clear tu gambar budak lelaki yang panjat dinding stadium sebab dia nak jual kat dalam stadium waktu game. Tak salah nak cari rezeki cuma aku tak suka sebab bahaya. Budak tu masih muda, ada harapan untuk jadi pemimpin satu hari nati. Jika jatuh and patah riok,susah masa depan. Yang penting susah mak bapa kaulah


Ni gambar kat tepi stadium. maybe tak menggambarkan keadaan sebenar sebab nati aku malas nak tangkap gambar time orang ramai membeli belah minuman yang tak dimasak tapi aku doubt yang mereka ini tak kerja ke. Ramai yang pakai baju kemeja,so aku assume mereka kerja government memandangkan tepi stadium ini bangunan wisma negerilah,wisma persekutuanlah and bangunan kerajaan. So kau rase tak apa yang aku fikir? 
Iye gaji buta.

 Aku tak sokong kerajaan mahupun pembakang. Aku sokong yang boleh bawa kebaikan pada semua especially pada agama.

Senior aku cakap manusia jika nak berubah yang penting ubah mentaliti dahulu. Iye. Mentaliti masyarakat kita perlu diubah.Duit-duit juga tuhan jangan lupa. Tu pesanan mak aku.

Sorry. Aku kasar lagi. Aku cuba nak improve jadi baik. Dan aku korbankan blog aku untuk luahkan ketidakpuasan hati aku.

Isnin, 14 Januari 2013

selfish.

itu sikap manusia.
selfish..
tapi tak semua yang selfish..
tapi dalam satu masa kita akan tetap selfish jua.
kadang-kadang selfish kita itu bergantung.
pada masa,ketika dan keadaan.

aku tak kata pada orang lain.
sebab aku pun selfish.
tapi agak-agak ah.

mungkin sebab kita percaya yang semua orang berhak bahagia.
maka kita yang pun mahu kejar bahagia kita.
tak kisah macam mana keadaan pun.
asalkan kita capai matlamat kita.
itulah selfish.

p.s; maaf. kasar. dah tak boleh nak tahan amarah. tak tahu nak luah kat mana. so blog jadi mangsa aku.

p.s2;aku tak suka kita ada sikap selfish. "cantas" rezeki orang demi kebahagiaan kau. memang Allah suruh usaha. tapi jangan sampai usaha kau susahkan orang yang susah.

p.s3; status senior. ubah pemikiran melalui pendidikan.  maybe pendidikan belum cukup untuk ubah minda dan akal fikiran kita semua. kita semua tu termasuk aku lah.

Sabtu, 12 Januari 2013

random again part 9; kau siapa???

Teringat status seorang sahabat.
"Dulu jika aku ikut kata orang belum tentu aku jumpa minat aku."

Ya. Belum tentu yang orang lain rase payah,maka automaticnya kau pun rasa payah.
Sebab nya mudah sahaja.
Kau dan mereka berbeza.
Berbeza dari segi kudrat dan kehebatan.
Setiap orang ada kelebihan masing-masing,ada kepandaian yang kau ada tapi orang lain tak ada.
tapi itulah hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.
Allah jadikan itu semua supaya kita saling men-yeimbang-kan antara satu sama lain.
Jika semua orang nak jadi bos,siapa nak jadi kuli???
Tapi yang penting kita saling berusaha untuk baiki kehidupan.
Yang diatas jangan lupa diri,sombong dan takbur dengan harta yang Allah kurniakan. Siapa kita untuk bermegah dengan harta duniawi??
Yang dibawah pula jangan putus asa dan berusahalah bersungguh-sungguh.
yakinilah kehidupan umpama roda. Tak semua yang susah akan sentiasa berada dibawah dan tak semua yang senang akan sentiasa berada di atas.
Maybe hari ini hari kau,entah esok lusa hari aku pulak...
Allah itu maha adil. Dan DIA meletakkan sesuatu sesuai dengan keadaan.
Sebab itu kau tak kan tahu sesuatu tu adil atau tak untuk kau jika kau tak lalui ujian tu.
Tapi percayalah ujian itu adil untuk kau.
Dan kau pasti menemui keadilan untuk kau dalam ujian itu.
maka kau siapa????
untuk mempersoalkan segala-galanya

-di sudut hati kecil hati kecil hamba Allah yang mencari keberkatan disebalik "sesuap nasi"-

Ahad, 6 Januari 2013

Random again part 8- Tribute untuk mereka....




Jika engkau minta intan permata

Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu


Jika engkau minta satu dunia

Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan

Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan

Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Sayangku jangan kau persoalkan

Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu




I am not Yuna's die-hard-fan. 
And selama ini pun memang cik Amal ini payah-nak-tangkap-leleh dengan lagu Melayu pun. Actually memang tak minat pun lagu-lagu ini semua.
Trust me, if you check my playlists, you will see semua lagu yang lama.
Memang tak up-to-date langsung dengan lagu-lagu baharu.
But since I am used to be silent reader for a few  blogs of my friends, I got to know this song.
Actually I found this song and start to hear this song when Eka kept posting about it. (Rasanya ada 2 times Eka mentioned about this song in her blog)
And then I think I fall in love with the lyric.
Special.
Made me always thinking about 'them' and maybe si dia.
Siapa 'mereka"???
"Mereka" tahu siapa mereka dalam hidup Amal.

I love you guys, family and friends. 

p.s: Rindu bulan yang besar di Gatton, Rindu untuk melihat bintang yang bertaburan di langit Gatton.


Sabtu, 5 Januari 2013

Painkiller

Lately i felt not well. That's why I kept taking the painkiller for almost 1 month already. Bila duk asyik ambil painkiller ni tiba2 terfikir something.

Waktu kita sakit kita guna painkiller untuk tahan rasa sakit tapi kat akhirat nati painkiller kita untuk menahan azab api neraka hanyalah amal ibadat dan kebaikan kita sahaja.

Rabu, 2 Januari 2013

Random again part 7-Iman.

"Barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barang siapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barang siapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka."

*Panggggggggggggggggggg.....* Aduh sakitnya pipi...

Soalan daripada seorang akhi afham yang saya kenali melalui blog?

Hari ini  kita macam mana?? 
Lebih baik dari semalam????, 
masih sama???? 
atau bahkan lagi teruk dari semalam???.

Sememangnya payah untuk akui tetapi aseef saya tewas dengan "keseronakkan" summer.
Entah dimana resolution-resolution yang saya buat sebelum pulang bercuti bulan lepas.
Mungkin saya telah tertinggal di Brisbane.
Payah. Itulah jawapan saya.
Susah untuk beristiqamah. Seperti mana Amru Khalid pernah berkata bahawa yang payah untuk jiwa itu adalah untuk beristiqamah walaupun untuk amalan yang kecil sahaja.

Namun di saat saya sedang berduka cita atas kegagalan saya untuk summer ini. 
Entah mengapa Allah pujuk hati saya.
Sekurang-kurangnya Allah dah beri saya satu pengalaman yang menarik.
Cabaran yang terbesar yang mungkin saya hadapi selepas ini.
Dalam mengejar profession yang saya impikan bukan semudah yang disangka sebab jika tersilap langkah, tarbiyah saya akan hilang entah ke mana.
Sekurang-kurangnya di masa hadapan nati, bila mana terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini, saya dapat mengejar impian saya tanpa meninggalkan tarbiyah.
Baru belajar untuk meniarap dalam tarbiyah sudah diuji sebegitu rupa.

Teringat kenangan pulang dari Sydney untuk menghadiri daurah.
Sarah cakap kelakar bila travel bawa beg ala-ala nak pergi meeting penting yang mana harga kontrak bernilai berjuta dollar. Tanpa saya sedari saya cakap kepada Sarah, iye kita sedang membuat "bisnes" yang nilainya lebih mahal daripada kontrak yang berharga berjuta dollar itu. Kita sedang menjalankan "bisnes" yang mana kita mahu keuntungan di syurga yang kekal abadi.

Moga hari-hari yang kita lalui menjadikan kita manusia yang beruntung especially untuk dibawa keuntungan ke sana.

p/s: Sangat jealous dengan seorang akhi blogger yang baru saya kenal baru-baru ini. Sangat pandai mengurus masa walaupun sibuk dengan KPLI masih sempat membaca serta berkongsi bahan-bahan ilmiah setiap minggu disamping menghadari majlis-majlis tarbiyah dan dakwah. Bersemangat nak tahu this week dia baca buku apa sebab dia akan buat review. Walaupun tak baca tetapi at least tahu sedikit sebanyak kandungan buku tersebut.