Assalaimulaikum..
Salam Aidiladha Amal ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat!!!
Jangan makan daging banyak sangat takut nanti bakal menghabiskan sambutan Aidiladha ini di hospital.
(pesanan penaja ini khas kepada muslimin muslimat yang ada masalah hypertension mahupun BP yang tidak stabil)
Hari ini Amal ingin berkongsi sebuah resepi iaitu Singgang daging.(resepi ini adalah mengikut versi Cik Imah)
Bahan-bahan yang diperlukan ;
1. 1 kg daging
2. 4 ulas bawang merah (diketuk sedikit)
3. 4 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
4. 6 keping kunyit hidup (yang ini dipotong dengan saiz 5 mm)
5. 6 keping lengkuas (yang ini dipotong dengan saiz 5 mm)
6. 1 keping asam keping.
7. 8-10 biji lada jarum/ cili bersaiz kecil (diketuk sedikit dan jumlah lada boleh diletak mengikut kesesuaian selera)
8. Garam, gula dan bahan perasa secukup rasa.
9.2-3 jag air
Cara untuk memasaknya.
1. Masukkan daging dan air ke dalam periuk dan hidupkan dapur gas.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali garam, gula, dan bahan perasa.
3. Apabila daging mula lembut(kebiasanya kuah mula mendidih ) masukkan bahan perasa, garam mahupun gula.
4. Masakkan siap untuk dihidangkan.
p/s: Cadangan untuk memakannya adalah sangat elok sekiranya dimakan bersama nasi panas berserta sambal belacan. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan