Assalaimulaikum...
" Autumn's Concerto "
"Some people's life is smooth and successful but some have to stop or slow their steps to solve difficulties in order to move to the next stop. But the most essential thing is you just kept to move on"
Sama ada anda peminat Vanness Vu dan Andy An atau tidak, "sunat" tonton drama ini.
Alhamdulilah, banyak pengisian yang dapat diperolehi dalam drama ini.
(Boleh kata tak sia-sialah Amal merempit ke Giant Kuala Terengganu
semata-mata untuk membeli dvd drama tersebut.)
Walaupun nampak klise sahaja drama ini kerana masih mengemukan tema percintaan dua darjat serta cinta empat segi tapi Amal suka tema kekeluargaan yang dipaparkan di dalam drama tersebut, ditambah dengan semangat pengorbanan seorang ibu serta nilai sebuah persahabatan, maka drama taiwan ini adalah salah satu drama yang terbaik yang Amal pernah tonton.
Persamaan antara semua insan bergelar "ibu", mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya walaupun kadang kala pengorbanan mereka disalah ertikan.
Orang yang ikhlas mencintai seorang sentiasa inginkan orang yang dicintainya bahagia walaupun dia terpaksa menderita.
Part yang paling sedih bila tonton drama ini semasa Xio Le tunjukkan parutkan bekas suntikan insulin kepada nenek dia. Wah rasa kagum gila dekat budak tu sebab dia sangat tabah menghadapi realitiyang sejak bayi lagi dia dah mula ambil insulin.
(Then fikir2, nanti di perut Amal pun mesti ada kesan suntikan jarum insulin yang
banyak macam itu, nampak macam kena gigitan nyamuk)
Xio Le gelarkan insulin sebagai "energy shot".
(Amal pun gelarkan insulin Amal sebagai energy shot gara2
terpengaruh dengan Xio Le. hahaha...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan