Assalaimulaikum...
*koff koff* Walaupun Amal telah me-list-kan "DUIT" adalah antara 10 perkara yang terpenting dalam hidup Amal tetapi tidak bermakna bahawa Amal adalah seorang yang materialistik.
Mak Amal cakap bahawa duit bukan sahaja boleh "membeli dunia" tetapi dapat "membeli akhirat". Hal ini demikian kerana bahawa duit (halal) yang dimilik dapat digunakan untuk menabung saham akhirat dan syurga melalui aktiviti seperti bersedekah (mesti dengan niat yang ikhlas), membantu anak-anak yatim dan lain-lain lagi aktiviti yang membawa manafaat kepada masyarakat sejagat.
Seorang sahabat Amal pernah berkata sangat mudah sebenarnya untuk mendapat pahala yang berterusan.Antara salah satunya menggunakan duit untuk membeli kerusi roda lalu didermakan kepada hospital ataupun klinik, maka selagi ada manusia menggunakannya Insya-Allah kita akan mendapat pahala. Ataupun menyumbangkan wang demi membina sekolah mahupun masjid, maka selagi sekolah mahupun masjid digunakan maka Insya-Allah, pahala berterusan akan menjadi milik kita.
(See, betapa mudahnya kita mendapat pahala yang secara percuma sahaja sekiranya duit yang ada digunakan di jalan yang bermanafaat yang memberi kemudahan kepada masyarakat.)
"Ingatlah bahawa anak adam,apabila terputusnya nyawa daripada badan maka segala amalan didunia akan terputus kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat serta amal jariahmu"
p/s1:Dulu salah satu yang Amal tulis di atas motivation card yang ditampal di atas meja study adalah 'I love moneyssss". Hal ini demikian kerana selain belajar kerana Allah, Amal sangat berharap bahawa Amal akan berjaya di dalam kehidupan Amal serta memiliki wang yang banyak. Maka dengan wang tersebut Amal berharap akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga Amal. Antara salah satu impian yang perlu Amal tunaikan adalah sebelum menjelang umur Amal yang ke 30 tahun, Amal sangat berharap Amal dapat mengumpul wang yang secukupnya agar dapat menghantar mak serta tok ke tanah Mekah demi menunaikan ibadat haji serta umrah.*Insya-Allah, moga Allah memakbulkan doa Amal agar dapat berbakti kepada keluarga Amal serta menggunakannya di jalan Allah.*
p/s2:Kesimpulan sama ada duit itu penting atau tidak sebenarnya bergantung kepada pandangan individu tersebut. Bagi Amal walaupun duit itu agak penting dalam kehidupan kita tetapi jangan butakan mata hati kita demi wang. Dan Amal bukanlah seorang yang materialistik. Dan ingatlah bahawa Allah telah meninggikan darjat seorang manusia dengan mengurniakan akal fikiran, maka gunalah akal fikiran kita untuk memandu kita ke jalan yang benar dan lurus.Jangan biarkan duit memandu kita ke jalan yang tidak diredhai NYA sebaliknya gunalah duit yang dimiliki untuk mendapat syurga-NYA.
I love your writing. very intuitive and santai. keep up the good work amal!
BalasPadamsyukran jazilan darkroomsuffi..Insya-Allah, harapan amal adalah agar amal mampu menulis something yng dapat mengingati amal atau sesiapa sahaja agar sentiasa mengingati DIA..maafkan amal juga sebab amal selalu menjadikan blog amal sebagai tempat merapu dan melepaskan emo..hahaha...
BalasPadam