Assalaimulaikum...
Apa khabar Mr Stomach hari ini??? Hehehe...gara-gara dipuji Acik, (Acik cakap bila dah balik U, tak dapat lagi menternak lemak makan pasta goreng Kak Ina yang SEDAP tu!!!) maka Amal nak kongsi satu resepi iaitu pasta goreng versi Amal. (erkk resepi asal pasta goreng dicilok ditemui ketika membaca Surat Khabar Harian Metro minggu lepas lalu diubah suai mengikut cita rasa Chef Amal. At least rasa berguna jugalah Amal baca surat khabar Harian Metro yang menyiarkan berita-berita sensasi. Maksud Amal tajuk muka depan akhabar tersebut adalah sangat hot seperti lambaian pak uban mahupun pujukan awek gebu)
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah;
-Semangkuk pasta yang telah siap direbus (Semasa merebus pasta masukkan sedikit garam dan minyak. Elakkan daripada merebusnya terlampau lama kerana dibimbangi pasta akan mengembang)
-3-4 sudu minyak (Lebih elok menggunakan minyak sayur-sayuran yang Insya-Allah rendah kolesterolnya)
-3-5 ulas bawang putih (Boleh memilih untuk mengetuknya mahupun memotong secara dadu)
-3-5 ulas bawang merah (Boleh memilih untuk mengetuknya mahupun memotong secara dadu)
-1 ½ atau 2 cawan air rebusan ayam (Kalau nak guna stok ayam lagi bagus)
-Semangkuk kecil ayam yang telah direbus. (Kira-kira dalam 3-4 ketul tongkol ayamlah juga)
-2-3 sudu lada hitam (Pastikan lada hitam telah ditumbuk)
-Semangkuk sayur campur yang terdiri daripada lobak merah,bunga kobis,tomato, dan lada (Nak elok lagi sila guna lada benggala)
-Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cara-cara untuk memasaknya;
-Panaskan minyak dan apabila minyak telah panas,masukkan bawang merah, bawang putih dan serbuk lada hitam (Jangan tumis bawang putih terlalu lama kerana bawang putih cepat hangus)
-Masukkan air rebusan ayam dan biarkan kuah mendidih sedikit supaya pekat.Tapi kalau nak mudah, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
-Masukkan pasta, sayur-sayur campur, ayam yang telah direbus serta garam dan bahan perasa secukup rasa. Goreng untuk beberapa minit dan ia siap untuk dihidangkan.
p/s:Berhajat mahu post gambar hasil kerja Amal tetapi memandangkan Amal ini "terlampau rajin" (baca:pemalas dan rabun teknologi) maka rupa pasta goreng hasil air tangan Amal pandai-pandailah ko orang imagine ye.
p/s2:Sedih sebab tak sempat nak tengok episod akhir drama korea, Pasta.Semuanya gara-gara terlampau sibuk bekerja, maka telah terlupa episod akhir drama tersebut.
p/s3:Boleh tak gara-gara menonton drama Pasta, dah letak satu lagi ciri-ciri suami idaman Amal adalah pandai masak. Hal ini demikian kerana Insya-Allah even though dah kahwin nanti, jika boleh Amal tak nak berhenti kerja. I meant mak Amal bersusah payah menyekolahkan Amal, takkan Amal nak berhenti kerja terlampau awal. At least biarlah Amal dapat menanggung mak Amal terlebih dahulu. Hajat di hati agar dapat memberi mak Amal sedikit kesenangan sebelum mak Amal kembali kepada DIA.So bila dah balik kerja penat-penat,(siapa kata bekerja dalam lab tak penat???) then suami cakap, "anje, ayang dah siap masak, jom makan". Ok, kalau dapat suami macam ini Insya-Allah bahagia hingga akhir hayat. Hahaha..
(baca:Apabila anda sudah berumur 20 tahun ke atas, adalah perkara normal untuk anda memikirkan mengenai baitul muslim dan mempunyai usrah tersendiri.Tetapi perlu diingat walaupun mengikut hadis riwayat Al-Tabarani iaitu "sesiapa yang berkahwin, maka telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,maka bertakwalah ia pada separuh yang lain." Dan separuh yang lain itu merujuk kepada tanggungjawab, sejauh mana anda bersedia untuk memegang tanggungjawab itu???Bukan mudah nak jaga anak-anak zaman sekarang, bak kata orang kampung Amal jaga 10 ekor lembu lagi mudah daripada menjaga seorang anak)
p/s4:Walaupun masih belum mempunyai pengalaman dalam membina sebuah baitul muslim, tetapi Amal ingin katakan bahawa pada Amal ;Perkahwinan bukan sahaja menghalalkan hubungan yang haram tetapi ia juga mengenai komitmen, tanggungjawab,kebahagiaan, rasa cinta dan "Duit"..hehehe... (Semalam abang beritahu nak kahwin sekarang ini kalau tak ada dalam RM50 ribu++++, hurmm tak dapatlah nak kahwin..)
p/s5:Minta maaf kerana terlari daripada tajuk sedikit(baca:banyak) tetapi nak ingatkan kaumku (perempuanlah) nak suami sayang kena ikat diperutnya. I meant belajarlah masak demi suami tercinta, at least hubby nanti tak gunakan alasan anda tak pandai memasak demi kahwin dua, tiga mahupun empat. By the way, walaupun bunyi macam kaunselor perkahwinan pada entry kali ini tetapi Insya-Allah, Perkahwinan bukanlah dalam perkara yang terpenting sekarang ini dalam hidup Amal kerana I want to get my degree first, save my money so that my mom and my grandmom will be able to perform the Haj from my money..hehehe...Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan