
Assalaimulaikum...
Semalam rasa sangat berbaloi berebut remote control tv dengan Amir semata-mata hendak menonton filem korea di TV Al-Hijrah. Acik kagum-giler-dan-tak-percaya sebab Stesen TV Al-Hijrah pun siarkan filem mahupun drama Korea. By the way tajuk filem tersebut adalah Harmony.
Pengakuan terbuka: Amal menangis time menonton filem ini especially part ending. Memang diakui bahawa ini adalah salah sebuah filem korea terbaik yang pernah Amal tonton selain filem korea lakonan Jang Dong Gun yang pernah menang anugerah beberapa tahun yang lalu. Maaf iye sebab dah lupa tajuk filem lakonan Jang Dong Gun tersebut.
Harmony adalah sebuah filem korea yang menceritakan sekumpulan banduan wanita menubuhkan sebuah kumpulan koir dipenjara. Setiap banduan wanita yang berada di penjara tersebut ada kisah masing-masing yang menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di penjara mahupun di tali gantung. Ada banduan yang sememangnya terpaksa menerima hukuman kerana kesalahannya dan ada juga banduan yang melakukan kesalahan kerana terpaksa. Sebagai contohnya Jeong-hye yang dipenjarakan atas kesalahan membunuh suaminya yang telah menderanya. Semasa Jeong-hye dipenjarakan dia telah mengandung dan telah selamat melahirkan anaknya semasa dipenjara. Akhirnya setelah 18 bulan bersama,anaknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Setelah 4 tahun akhirnya kumpulan koir tersebut telah dijemput untuk mengadakan satu persembahan dimana setelah melakukan persembahan tersebut mereka diberi peluang untuk menemui ahli keluarga masing-masing dengan lebih dekat. Namun terdapat pelbagai ujian yang terpaksa dilalui mereka sebelum berpeluang melakukan persembahan apatah lagi menemui insan-insan yang mereka rindui.
Banyak perkara yang Amal perolehi apabila menonton filem tersebut.Insya-Allah dua jam menonton filem tersebut tidak akan menyebabkan anda berfikir betapa ruginya masa anda terbuang begitu sahaja kerana menonton filem tersebut bahkan dengan menonton filem tersebut Insya-Allah menyebabkan anda lagi bersyukur sebab ada insan yang bergelar Ibu dalam hidup anda.
Sambil mengelapkan air mata yang mencurah-mencurah membasahi pipi Amal terfikir kenapa masih ada lagi insan-insan yang bergelar ibu sanggup meninggalkan mahupun membunuh anak-anak mereka yang masih suci dan bersih yang boleh diibaratkan sebagai kain putih, sedangkan masih terdapat lagi segolongan ibu yang terpaksa berjuang bermati-matian semata-mata hendak menemui anak-anak mereka(Sebagai contoh adalah wanita-wanita dipenjara tersebut)Malahan ada yang bertindak kejam dengan sanggup membiarkan anak-anak mereka menjadi mangsa gigitan nyamuk dan semut bahkan memperlakukan anak-anak mereka seperti sampah. Baca sahaja akhbar seperti Harian Metro. Ada sahaja di dada-dada akhabar yang menceritakan berita-berita mengenai bayi-bayi malang yang ditinggalkan ibu bapa mereka dimana sahaja. Malahan Amal tertanya-tanya dimanakah perikemanusia ibu-ibu tersebut. Betapa tegarnya mereka berbuat demikian sedangkan mereka telah bersusah payah membawa bayi-bayi tersebut selama 9 bulan dalam keadaan perut memboyot. Dan bukankah mereka juga bertarung dengan maut semata-mata untuk melahirkan seorang khalifah Allah di muka bumi ini, tetapi kenapa setelah mereka terselamat daripada maut, mereka nekad melakukan dosa tersebut?
Mungkin alasan bodoh dan jahil mereka sewaktu melakukan perbuatan yang sangat dan sangat dan sangat tidak bermoral tersebut tidak lain dan tidak bukan kerana mereka malu kerana melalui rahim mereka telah melahirkan insan-insan yang tidak sah tarafnya tetapi sekiranya malu kenapa sewaktu mereka melakukan "aksi goyang-goyang" di dalam kereta mahupun dicelah-celah semak samun ataupun dimana sahaja mereka tidak terfikir kesan terhadap masa akan datang. Yang pastinya kerana tindakan mereka yang bodoh itu maka lahirlah insan-insan yang tidak minta dilahirkan dalam keadaan sebegitu.
Dan yang menyebabkan Amal tersangat sedih apabila perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral ini kebanyakkannya dilakukan oleh saudara saudari seIslam dengan Amal.
Amal mungkin bukan seorang muslimah yang baik, masih merangkak-rangkak mencari keredhaan-NYA dalam kehidupan Amal, masih bertatih dalam mempelajari, memahami serta menghayati Islam tetapi Amal berpendapat antara salah satu faktor terjadinya penyakit sosial ini adalah kerana kegagalan memahami serta menghayati ajaran agama. Kegagalan dalam memahami serta menghayati Islam yang sebenar menyebabkan terjatuhnya manusia itu ke dalam lembah kemaksiatan.Islam telah melarang kita untuk menjauhi zina kerana dengan menjauhi perkara kemaksiatan itu kita tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut, namun kerana manusia itu lebih menggunakan nafsu untuk memandu kehidupan, maka terjadilah perkara yang sepatutnya tidak terjadi.
p/s: Hari ini kelahiran anak yang tidak sah tarafnya semakin meningkat.
p/s2:Wahai kaum perempuan, ingatlah sejahat-jahat lelaki mereka masih menginginkan seorang wanita yang baik untuk menjadi ibu-ibu kepada anaknya. Dan janganlah serahkan kemahkotaan anda kepada orang yang tidak layak. Sebaik-baik lelaki yang ingin menjaga anda akan menemui wali anda dan meminta kebenaran untuk menjaga anda secara sah menerusi ikatan perkahwinan dan lelaki yang hanya mahukan madu sepah dibuang akan meminta anda untuk menjadi awek mereka sahaja.
p/s3:Moga Allah menjauhi kita semua daripada maksiat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan