Assalaimulaikum....
Semalam Allah bukakan hati Amal untuk menonton rancangan bual bicara mengenai Ibadat Haji (Maklumlah sekarang ini kan bulan haji tentu sahaja banyak stesen televisyen menyiarkan rancangan-rancangan dokumentari mengenai ibadat Haji) Dan semalam rancangan tersebut menyiarkan video mengenai seorang saudara baru kita yang telah berjaya menunaikan ibadat Haji pada tahun lepas. *Alhamdulilah beruntungnya saudara muslim tersebut kerana berpeluang menjadi tetamu Allah*
Dan yang menyebabkan Amal sangat dan sangat dan sangat TERSENTAP apabila saudara muslim tersebut berkata;
"Kita selalu minta sedikit sahaja tapi sebenarnya Allah nak beri lebih banyak dan lebih baik kepada kita"
Lepas dengar saudara tersebut berkata sedemikian, terus Amal beristrigfar dalam hati dan kolam mata mula bergenang sebab terkenang betapa selama beberapa hari yang lalu Amal telah menjadi seorang yang tidak bersyukur kepada segala pemberianNYA. Amal sangat menyesal sebab beberapa hari yang lalu Amal mula berasa lemah dan ingin berputus asa daripada berjuang atas ujian ini. Alhamdulilah semalam Allah telah menyentap dan menyelamatkan Amal daripada terus jatuh dalam perjuangan hidup ini.
Insya-Allah, walaupun masih bergelumang dengan ujian ini, tapi Amal mula merasai hikmahnya di uji dengan ujian tersebut. Aturan Allah itulah yang terbaik untuk kita. *Insya-Allah*
p/s: Amal berasa sangat beruntung sebab Allah temukan Amal dengan sahabat-sahabat yang baik yang sentiasa membantu dan menyokong Amal. Terima kasih kepada Eka, Sara, Mira, Timmy, Ayuni, Pian dan Naqib yang dalam minggu ini banyak memberikan kata-kata semangat serta pertolongan kepada Amal dalam mengharungi ujian ini.
p/s2: Kepada Cik Adik Manis, Fika sayang (sila rujuk gambar dibawah) terima kasih kerana sentiasa berada bersama Amal tidak kira susah mahupun senang. Terima kasih kerana berkongsi gelak ketawa dan duka bersama Amal. Tahniah juga sebab berjaya mendapat schoolarship tersebut. Terima kasih sebab call semalam untuk bertanya khabar walaupun diri sendiri tak berapa nak sihat. Deman+selsema+batuk+tonsil Amal dah berkurang sedikit sebab dapat dengar suara Fika.hahaha...

Persahabatan antara Amal dan Fika adalah salah satu nikmat pemberian Allah yang bernilai dalam hidup Amal.
p/s3: Bila sekali sekala insomonia melanda mesti ada sebabnya.Dan salah satu sebabnya sebab Allah nak sentap Amal agar jadi lebih bersyukur.
amal...
BalasPadamAllah tak pernah lupakan kita...
=)
amal, td baca mathurat sorg2,terbayang muka amal,kakzu,kakbee,aween,pika,jian,syahmas,najat
kalaulah kita dpt duduk macam sblm ni....wlpun sekejap
i just don't want u to feel alone in this situation...^_^ selagi boleh, kami akan bersama menceriakan amal...he3
BalasPadamamal,you are so strong..
BalasPadamyu, betul tu Allah tak pernah lupakan kita tetapi kita ni sbgai hambanya selalu lupa pada dia..Amal sendiri rasa kadang2 sangat berdosa sebab kadang2 amal ni terlupa dalam mengharungi ujian ini, amal kadang2 terlupa yang amal ada Allah dalam perjuangan hidup kita..betul tu yu amal sangat rindu bulatan kita yang gembira..amal temui ketenangan dlm bulatan yang gembira itu..
BalasPadammira:terima kasih sangat mira..terima kasih sebab selalu beri motivasi kat amal...Insya-Allah, moga kita kuat menghadapi semua ini...
BalasPadampapilio:I am not a strong girl but Insya-Allah I try to be unbreakable girl with iron resolve..Adakala amal rasa sangat lemah tetapi Allah memang syng sangat2 kat kita semua hamba-hamba, bila kita rase lemah, Allah selalu akan hantar bantuan kecemasan agar kita jadi kuat...