Ahad, 30 Oktober 2011

Aduhhhhh,kena SENTAP lagi..

Assalaimulaikum...

*koff koff* :-[ -->malu sangat2 sebab hari ini

"Aduhhhhhh,hari ini Allah sentap Amal lagi."

Baru je siang tadi Amal berborak-borak dengan mak Amal sambil bekerja. Mengadu yang anak dara Cik Imah ini kadang kala terdetik perasaan "MALAS" nak melakukan solat-solat sunat.
(p/s:Amal adalah seorang pekerja yang rajin cuma tadi tak ada customers..hehehe...sebab itu boleh bersembang sekejap dengan mak. Lagipun Amal ini kan anak bos..hahaha)

Then mak Amal sentap bahawa perasaan itu hanyalah godaan syaitan sahaja .So harus kuat lawani semua godaan.Kena lawan semula bila terdetik dalam hati perasaan malas nak melakukan ibadat.

(p/s: Mak cakap solat itu bukan perkara susah mahupun berat yang mana perlukan tenaga yang banyak untuk dipikul.Pendek kata solat itu bukanlah beban. So tak sepatutnya ada perasaan malas nak melakukanya)

Then bila fikir-fikir semula apa yang mak cakap itu tersangat and tersangat and tersangat betul sebab sepatutnya tak ada perasaan malas nak melakukan ibadat sunat seperti solat tahajud sebab time itu lah berpeluang untuk mengadu segala masalah kepada DIA. Barulah hati ini tidak dibebani dengan pelbagai masalah dunia.

Then balik kerja, selepas makan minum and solat adalah masa untuk kita beronline. Kali ini Allah bukakan hati supaya baca blog seorang senior Amal. Then apa yang Akak itu tulis semuannya kena pada Amal.(Maknanya sesuai dengan keadaan Amallah) Maka tersentap lagilah Amal.

"Bila iman itu jatuh bergolek-golek,time itu semua benda rasa malas nak buat dan tak kena.Tapi time itu kena cepat bangkitkan diri.Paksa diri untuk double kan i buat badah,doa banyak-banyak,muhasabah."

"Syaitan memang suka tengok kita stop buat benda-benda baik ni. So kena lawan cepat-cepat"

Okk lepas je tersentap dek tulisan Akak tersebut terus Amal cari Galaxy Amal sebab nak kunci jam,walaupun kadang-kadang sekarang ini selepas sahaja menelan beberapa biji ubat seperti metformin, lovastin, and PE, badan mula diserang rasa letih dan mengantuk ,maka yang hanya difikir adalah tidur sambil memeluk Cik Dora. Dan masalahnya walaupun tidur awal (seawal pukul 9 malam) namun begitu Amal hanya terkejut apabila terdengar azan subuh ( selepas ini siapa nak call atau sms Amal, sila berbuat demikian sebelum pukul 9 malam kerana selepas itu panggilan serta sms anda mungkin tidak dilayan) tapi at least ini adalah usaha Amal nak bangunkan diri agar dapat "dating" dengan DIA awal pagi nanti.

Akibat disentap oleh tulisan akak tersebut terus teringat yang puasa nazar pun tak habis lagi and dengan cuaca yang selalu je hujan kat Terengganu sekarang ini, memang sesuai benarlah nak puasa sebab tak cepat dahaga.

(p/s: Ada orang cakap yang orang sakit diabetes macam Amal ini ada "rukhsah" untuk tidak berpuasa tapi Alhamdulilah sepanjang sebulan berpuasa pada bulan ramadan yang lalu, tiada masalah pun untuk Amal menjalani ibadah puasa walaupun tahap gula dalam darah selalu di masukkan ketegori hypo sebelum menjelang pukul 4 petang. Sebenarnya yang paling bahaya adalah sekiranya kandungan gula dalam darah kurang daripada 3 kerana ia boleh menyebabkan seorang itu pengsan dan meninggal dunia)

Kesimpulannya sekiranya ada perasaan ikhlas serta bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadat, Insya-Allah akan dipermudahkan untuk melakukan ibadat tersebut.( Ye lah pernah sekali pada pukul 10 pagi BGL Amal ialah 3.7 sahaja tetapi Alhamdulilah masih mampu bertahan, siap boleh pergi bazar ramadan lagi..hahahaha).Oleh yang demikian, peringatan untuk Amal juga serta sesiapa sahaja yang terbaca blog picisan ini sakit mahupun MALAS tidak harus dijadikan alasan untuk malas nak melakukan ibadat. Jom rajinkan diri untuk melakukan amal ibadat.

2 ulasan:

  1. salam amal...
    okeh sentap jugak, sbb tadi pon baru azam macam amal,tetiba terbaca blog amal.then nak try slow2...hihi..

    chayo amal

    BalasPadam
  2. wasalam..yuni...
    hahaha..yuni, dah dua kali Allah sentap amal dalam masa satu hari sahaja..hahaha..
    betul tu, kena wat slow2..Insya-Allah moga dapat istikaharah.

    BalasPadam