Rabu, 19 Oktober 2011

Usrah

Assalaimulaikum...

Kadang-kadang penat sangat nak pujuk sekeping hati ini agar jangan menangis.
Kadang kala penat sangat nak pujuk sekeping hati ini agar tidak risau kerana semuanya akan OK nanti.
Kadang kala penat sangat nak tenangkan sekeping hati bahawa Insya-Allah, Allah akan bersama kita buat selama-lamanya dan kita tidak akan keseorangan dalam menghadapi kehidupan ini..

Penatkan????

Penat sangat-sangat sekiranya sekeping hati ini tidak dipenuhi dengan keimanan kepadaNYA.

Amal nak sekeping hati yang tenang yang akan memandu jiwa Amal kepada keredhaan-NYA.

Amal rindukan bulatan bulat yang mengembirakan itu.

Amal rindu nak dengar suara-suara saudara-saudara Amal yang menarik hati Amal untuk lebih mengingatkanNYA.

Amal rindu saat dimana hati Amal begitu tenang apabila bersama saudara-saudara Amal mencari jalan keredhaanNYA.

Kesimpulannya selepas 7 tahun mengenali usrah barulah hari ini Amal nampak kepentingan usrah dalam kehidupan Amal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan