Assalaimulaikum...
Allah tidak berjanji kepada kita:
Kehidupan tanpa kesakitan.
Kegembiraan tanpa kesedihan.
Cahaya matahari tanpa hujan.
tetapi Allah telah berjanji kepada kita:
Kekuatan dalam menempuhi kehidupan.
Ketenangan di sebalik kesedihan.
Dan cahaya-NYA untuk cara hidup kita.
"Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan Hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
(Al-Qasas:88)
Sesungguhnya pada-Mu kami kembali,pada-Mu kami berserah dan berharap ya Allah...
p/s: Alhamdulilah, sesungguhnya di sebalik kesedihan itu kita akan menjumpai kegembiraan.Walaupun Amal tahu bahawa Amal masih lagi mengalami masalah emosi yang tidak stabil tetapi Alhamdulilah,hari ini menerima perkhabaran yang gembira daripada doktor Amal.Alhamdulilah buah pinggang Amal masih berfungsi dengan baiknya.Sekurang-kurangnya hari ini Allah telah membuatkan Amal merasai bahawa Allah masih lagi tidak memaling kasih-NYA daripada Amal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan