Sabtu, 12 Januari 2013

random again part 9; kau siapa???

Teringat status seorang sahabat.
"Dulu jika aku ikut kata orang belum tentu aku jumpa minat aku."

Ya. Belum tentu yang orang lain rase payah,maka automaticnya kau pun rasa payah.
Sebab nya mudah sahaja.
Kau dan mereka berbeza.
Berbeza dari segi kudrat dan kehebatan.
Setiap orang ada kelebihan masing-masing,ada kepandaian yang kau ada tapi orang lain tak ada.
tapi itulah hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.
Allah jadikan itu semua supaya kita saling men-yeimbang-kan antara satu sama lain.
Jika semua orang nak jadi bos,siapa nak jadi kuli???
Tapi yang penting kita saling berusaha untuk baiki kehidupan.
Yang diatas jangan lupa diri,sombong dan takbur dengan harta yang Allah kurniakan. Siapa kita untuk bermegah dengan harta duniawi??
Yang dibawah pula jangan putus asa dan berusahalah bersungguh-sungguh.
yakinilah kehidupan umpama roda. Tak semua yang susah akan sentiasa berada dibawah dan tak semua yang senang akan sentiasa berada di atas.
Maybe hari ini hari kau,entah esok lusa hari aku pulak...
Allah itu maha adil. Dan DIA meletakkan sesuatu sesuai dengan keadaan.
Sebab itu kau tak kan tahu sesuatu tu adil atau tak untuk kau jika kau tak lalui ujian tu.
Tapi percayalah ujian itu adil untuk kau.
Dan kau pasti menemui keadilan untuk kau dalam ujian itu.
maka kau siapa????
untuk mempersoalkan segala-galanya

-di sudut hati kecil hati kecil hamba Allah yang mencari keberkatan disebalik "sesuap nasi"-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan