Rabu, 2 Januari 2013

Random again part 7-Iman.

"Barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barang siapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barang siapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka."

*Panggggggggggggggggggg.....* Aduh sakitnya pipi...

Soalan daripada seorang akhi afham yang saya kenali melalui blog?

Hari ini  kita macam mana?? 
Lebih baik dari semalam????, 
masih sama???? 
atau bahkan lagi teruk dari semalam???.

Sememangnya payah untuk akui tetapi aseef saya tewas dengan "keseronakkan" summer.
Entah dimana resolution-resolution yang saya buat sebelum pulang bercuti bulan lepas.
Mungkin saya telah tertinggal di Brisbane.
Payah. Itulah jawapan saya.
Susah untuk beristiqamah. Seperti mana Amru Khalid pernah berkata bahawa yang payah untuk jiwa itu adalah untuk beristiqamah walaupun untuk amalan yang kecil sahaja.

Namun di saat saya sedang berduka cita atas kegagalan saya untuk summer ini. 
Entah mengapa Allah pujuk hati saya.
Sekurang-kurangnya Allah dah beri saya satu pengalaman yang menarik.
Cabaran yang terbesar yang mungkin saya hadapi selepas ini.
Dalam mengejar profession yang saya impikan bukan semudah yang disangka sebab jika tersilap langkah, tarbiyah saya akan hilang entah ke mana.
Sekurang-kurangnya di masa hadapan nati, bila mana terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini, saya dapat mengejar impian saya tanpa meninggalkan tarbiyah.
Baru belajar untuk meniarap dalam tarbiyah sudah diuji sebegitu rupa.

Teringat kenangan pulang dari Sydney untuk menghadiri daurah.
Sarah cakap kelakar bila travel bawa beg ala-ala nak pergi meeting penting yang mana harga kontrak bernilai berjuta dollar. Tanpa saya sedari saya cakap kepada Sarah, iye kita sedang membuat "bisnes" yang nilainya lebih mahal daripada kontrak yang berharga berjuta dollar itu. Kita sedang menjalankan "bisnes" yang mana kita mahu keuntungan di syurga yang kekal abadi.

Moga hari-hari yang kita lalui menjadikan kita manusia yang beruntung especially untuk dibawa keuntungan ke sana.

p/s: Sangat jealous dengan seorang akhi blogger yang baru saya kenal baru-baru ini. Sangat pandai mengurus masa walaupun sibuk dengan KPLI masih sempat membaca serta berkongsi bahan-bahan ilmiah setiap minggu disamping menghadari majlis-majlis tarbiyah dan dakwah. Bersemangat nak tahu this week dia baca buku apa sebab dia akan buat review. Walaupun tak baca tetapi at least tahu sedikit sebanyak kandungan buku tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan