Duit.
semua orang fikir pasal duit.
aku tak percaya jika orang cakap duit tak penting dalam hidup.
tanya manusia (aku still lagi guna perkataan manusia dengan harapan kita semua still dapat guna akal fikiran kurniaan tuhan)
perkara penting pada pandangan mata duniawi mereka.
duit,cinta,keseronakkan dan kebebasan dalam melakukan apa sahaja.
Gara2 duit semua boleh berubah.
duit bawa kau ke syurga.
duit bawa kau ke neraka.
duit bawa kau kenal tuhan.
duit buat kau lupa tuhan.
jangan kita semua sembah duit macam sembah tuhan.
aku pasti ramai je yang sembah duit lebih daripada kau sembah tuhan.
p.s;sekarang ini musim bola,selalu aku lihat peniaga set up gerai mereka before pukul 1 petang,so aku selalu tanya bile mereka solat zohor and asar? yang tengok bola macam mana sebab game start pukul 4.45 petang sedangkan game habis pukul 6 petang lebih macam tu. Sorry aku tanya soalan sensitif sebab itu yang berlegar dalam kepala otak aku sedangkan tiada surau berdekatan dengan stadium. Parking mak aku tepi stadium je sebab tu aku dapat lihat pelbagai kerenah ini semua. Dan sebenarnya sebahagian tapak yang mereka jual tu parking mak aku. Tiap-tiap bulan mak aku bayar tender parking kat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang aku rasa tak menjalankan tugas langsung. Yang aku geram sangat tiap-tiap bulan mak aku bayar tender tepat pada masanya, tapi berpuluh keping surat mak aku hantar kat MPKT mohon baik pulih kawasan parking sampai sekarang tiada jawapan pun.
p.s2; Aku dah tahu perangai peniaga-peniaga especially yang jual air. Mereka jual air tak dimasak. Suggestion better bawa air sendiri. lagi selamat and bersih. Bagi aku mereka semua tamak.Sampah berniaga buang merata-rata dalam kawasan parking. Dah jadi satu kerja pulak, mak aku kena upah orang bersih kawasan parking, jika tak datang surat amaran. Mak aku sebagai peniaga mesti nak jaga nama baik dia.
Jika tak clear tu gambar budak lelaki yang panjat dinding stadium sebab dia nak jual kat dalam stadium waktu game. Tak salah nak cari rezeki cuma aku tak suka sebab bahaya. Budak tu masih muda, ada harapan untuk jadi pemimpin satu hari nati. Jika jatuh and patah riok,susah masa depan. Yang penting susah mak bapa kaulah
Ni gambar kat tepi stadium. maybe tak menggambarkan keadaan sebenar sebab nati aku malas nak tangkap gambar time orang ramai membeli belah minuman yang tak dimasak tapi aku doubt yang mereka ini tak kerja ke. Ramai yang pakai baju kemeja,so aku assume mereka kerja government memandangkan tepi stadium ini bangunan wisma negerilah,wisma persekutuanlah and bangunan kerajaan. So kau rase tak apa yang aku fikir?
Iye gaji buta.
Aku tak sokong kerajaan mahupun pembakang. Aku sokong yang boleh bawa kebaikan pada semua especially pada agama.
Senior aku cakap manusia jika nak berubah yang penting ubah mentaliti dahulu. Iye. Mentaliti masyarakat kita perlu diubah.Duit-duit juga tuhan jangan lupa. Tu pesanan mak aku.
Sorry. Aku kasar lagi. Aku cuba nak improve jadi baik. Dan aku korbankan blog aku untuk luahkan ketidakpuasan hati aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan