"Agak ironi sebenarnya kalau kita marahkan pihak berkuasa yang makan duit rakyat, orang makan rasuah dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, kita yang makan duit rakyat ratusan ribu Ringgit ini tidak melakukan tugas iaitu belajar dengan sebaik-baiknya. Kita lebih tumpu untuk pentingkan diri sendiri dengan bersuka ria melebihi had dan sebagainya. Malahan, kalau kita sengaja untuk ponteng pun boleh dikaitkan dengan 'bazirkan' wang rakyat tanpa kita sedari.Pendek kata, kalau kita malas belajar, samalah dengan orang makan duit haram.
Teguran kepada diri sendiri yang malas".
*Dush dush dush*
Ibarat sebiji kelapa yang jatuh di atas kepala. Sakit tetapi alhamdulillah teguran serta nasihat yang membina .
Masha-Allah, terima kasih Ir Shahkang atas peringatan ini.
Terasa dan sangat terasa,maybe kerana empunya diri ini pun belajar atas ihsan "wang rakyat".
Terima kasih Allah kerana kau bukakan pintu hati setiap rakyat untuk bayar segala cukai mukai serta zakat demi membiayai pelajaran hamba-Mu ini disana.
Selepas ini tidak boleh dijadikan sama sekali alasan tak faham apa yang lecture ajar disebabkan language barrier untuk ponteng lecture. Kefahaman tu Allah yang berikan kepada kita. Kadang-kadang English hebat pun tak semestinya mudah grab apa yang lecture ajar. Yang penting bila pergi lecture, practical mahupun tutor kena ada rasa tanggungjawab untuk menuntut ilmu demi agama, bangsa dan negara. Oversea students mesti tahu yang every sem, penaja bayar yuran universiti berkali ganda lagi mahal compare with domestic students,so even though tutor cakap this tutorial is not compulsory still we as students have the obligation to attend it as our sponsor already paid everything for us. Plus maybe kita tak sedar mahupun tak tahu yang "rezeki" kita tu maybe telah membunuh impian orang lain yang kadang kala lebih berhak ke atas rezeki itu.
Kepada kawan-kawan yang dalam mood or mode exam, bitaufiq wa imtihan sadiqi. InsyaAllah all of you will get the excellent result with flying colour. Ingat berusaha bersungguh-sungguh demi Allah dan sponsor yang taja kita semua belajar while me I am still in the mode of exam. Still tak tahu lagi bila class kena sign on but Alhamdulillah done with enrolment with 2 subjects focus on chemistry, 1 subject focus on both chemistry and biology and the other one is about non science,I took econ. Just wanna try to learn something different from science field.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan