Waaaaaaaaaaaaa....dah lama tak update blog...Ada idea tapi malas nak menulis, tak ada tangan gatal je nak mengetuk keyboard lappy ni..
Assalaimulaikum...
Alhamdulillah dah hampir sebulan berpijak di bumi Malaysia atau lebih tepat bumi Terengganu yang tercinta. Banyak juga eh yang berubah di negeri Terengganu ni sejak pemergian Amal selama 10 bulan ni. Alhamdulillah dapat makan keropok lekor dengan riangnya tiap-tiap hari.
Sewaktu di Brisbane bukan kemain merancang nak pusing Malaysia but when I back here, I just ended up to be at house or parking. Rancangan nak ke Singapura terpaksa dicancelkan memandangkan ia clash dengan ROAR. Even though teringin sangat nak pergi Universal Studio but I think I need to join ROAR sebab "hati" Amal ini pun perlukan makanan rohani. Bukan Amal je kan nak makan tapi "hati" Amal pun nak kenyang juga dengan makanan rohani supaya berjaya menghakis segala cubaan dan dugaan syaitan.
Although my plan to go to Singapura terpaksa dicancelkan but I ended up went to UIA Kuantan last week. Hahaha...Saje je pergi untuk melepaskan kerinduan kepada sahabat-sahabat tersayang. Alhamdulillah dapat jumpa yuni, fika, nabilah dan kawan-kawan tj yang lain. Rindu ke yuni terubat apabila dapat jumpa yuni. Honestly Amal rasa sangat terhutang budi dengan yuni, saat Amal dalam kebuntuan membuat keputusan dalam kehidupan Amal, nasihat yuni sangat membantu Amal dan tulisan yuni juga selalu mengingatkan Amal terhadap keredhaan Allah. And of courselah Amal so happy sebab dapat jumpa fika and Nabilah. Alhamdulillah dapat juga beri "pesanan" Nabilah. Sweetnya Nabilah because dia bekalkan Amal dengan coklat sebab takut Amal hypo memandangkan Amal tak breakfast lagi masa tu.
Then today my first USKAB. Best sangat-sangat sebab dapat kenal ramai akhwat baru. Sangat tersentuh dengan semangat dan keinginan mereka untuk mencari redha Allah, secara tidak langsung ini sangat menyentap Amal agar tidak lagi mencari alasan untuk sama-sama berpegangan tangan dan menuju ke syurga. Alhamdulillah hari ini berkongsi mengenai Asma Al-Husna, sama-sama membedah buku mengenai Tauhid Zidani. Sewaktu perkongsiaan kat Fina terangkan kenapa kita perlu belajar tauhid dan membicarakan sedikit mengenai kandungan buku tersebut and last sekali kita orang sama-sama mentadabur Surah Ar-Ra'd. And ayat favourite Amal sewaktu mentadabur ayat tersebut adalah ayat 12, iaitu:
"Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan dan Dialah yang menjadikan mendung." (13:12)
Kak Nad cakap yang ketakutan dan harapan adalah seperti sayap burung kiri dan kanan. Untuk terbang, burung terpaksa menggunakan kedua-dua sayapnya. Begitulah jua dalam kehidupan kita Allah menguji kita dengan ketakutan tetapi pada masa yang sama Dia juga memberikan kita pengharapan.
Sekian sahaja perkongsian cerita Cik Amal yang telah bercuti selama hampir sebulan. InsyaAllah jika rajin ketuk keyboard lappy Cik Amal kongsi lagi cerita "hot" mengenai langkah mencari redha Allah.
Ok..bye..nak gi makan roti canai dahulu... :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan