Ahad, 3 November 2013

KAHWIN..

Even though aku caplockkan topic itu tak bermakna aku teruja dengan topic tersebut.
Ok aku tipu je. Auta lebih sikit. Hahaha.. LOL..

Anyway, lately aku dapat banyak invitation kahwin. Kawan from KMS lah, kawan from UQ, kawan from satu Australia.(tu kawan yang aku jumpa if aku pergi winter gathering kat sini) . Setakat ini tiada lagi daripada kawan TJ. Aku pun tak sabar nak tahu siapa yang bakal menjadi insan pertama batch TJ yang kahwin dulu. Hahaha.. 

And even housemates aku pun dah start cakap pasal kahwin. Aku pun tak surelah kenapa topic kahwin ni makin hangat lately kat  rumah aku. Maybe sebab exam stress kot. Anyway ni yang buat aku ingat kenangan kat KMS. Jeritan-jeritan budak medic yang cakap nak kahwin selepas jawab paper fizik.

Hari tu housemate aku yang dah kahwin cakap dengan aku yang nak kahwin ni bukan si pengantin lelaki shake hand tangan tok kadi and then dapat cop halal. Kahwin ini bukan sahaja pasal komitmen, you love me, I love you and I want be your for the rest tapi kahwin juga pasal duit. Nak beri anak orang makan pun perlu duit tau. 

Tapi tak bermakna aku tak sokong kahwin muda sebab bagi aku kahwin muda atau awal berganda juta lebih baik daripada ko bercintan cintun tapi tak halal. And I am pretty sure kawan aku yang dah kahwin mahupun bakal kahwin dalam masa terdekat ni, ko orang memang dah bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu berbaitul muslim and sebagai seorang sahabat, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ko orang. Moga ko orang bercinta cintun sampai syurga. And untuk orang-orang macam aku yang masih bergelumang dengan dunia study, ayuh berusaha membuat yang terbaik demi diri sendiri dan juga untuk agama.

Anyway, if ada jodoh tak kemana pun yang penting berdoalah untuk diberikan jodoh yang terbaik dan hendaklah kita juga berusaha menyempurnakan diri kita especially dalam bab agama. Jika nak dapat suami hebat macam saidina Ali Abi Talib, haruslah kita menjadi sehebat saiditina Fatimah Az zahra. 

p.s: please doakan aku yang nak exam next week

p.s: Cik roomate asyik nyanyi lagu kekasih yang tak dianggap lately especially bila dia study law. Tak tahu entah kenapa. Maybe sebab dia rasa dia tak ada jodoh kot dengan law. And sebagai roomate yang baik, aku sentiasa doakan yang dia dapat jawab paper law dengan baik. At least bila dia balik dari exam nati dia tak akan nyanyi lagu Lorex pulak.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan