Semalan kawan saya kat Jepun beritahu yang ISMA nak masuk politik.
Err saya tak tahu nak beri pandangan apa. Tapi bab kata kawan saya;
"Malaysia negara demokrasi,sekiranya cukup syarat untuk membentuk parti politik dan cukup syarat2 yang sepatutnya maka tiada halangan untuk ISMA bertandingan dalam pilihan raya akan datang."
Teringat sewaktu kawan saya dari UK datang melawat saya pada musim bunga yang lalu. Dalam perbualan kami ada menyentuh tentang usrah. Lalu sahabat saya bertanya kepada saya,usrah mana yang saya join,IsMA atau IKRAM. Secara spontannya saya menjawab ISLAM.
Iye tak kira usrah mana pun yang kita join,yang penting matlamat usrah itu mendekatkan diri kepada pencipta kita dan walau apa pun usrah, bangsa dan warna kulit,kita adalah seorang yang memeluk islam yang mana kita mentauhidkan Allah yang esa.
p.s; bab kata tuan blog nasi&lemak,mesti best kan if kita balik rumah, parents tanya tentang mutabah amal instead of tanya homework dah siap ke belum dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan