Assalaimulaikum...
Beberapa hari yang lepas, tergerak hati penulis blog untuk melihat semula diari class penulis blog, Diari 5 Al-Ikhlas/SPM 2008. *fuhhhhh..-->berhabuk sebab dah lama tak kemas buku di atas meja study.* Dan bila-bila duk usha diari penulis blog ni, penulis blog terjumpa satu pesanan sahabat penulis blog.
"Mendapat ketenangan hati itu bukan sesuatu yang usaha yang mudah. Hati tidak tenang itu tercermin dari jiwa yang kosong. Dan jiwa yang kosong itu adalah hasil daripada kurangnya pengisian dan pengamalan ilmu-ilmu Allah. Alam ini maha luas dan nikmatilah ketenangan dari rahsia penciptaan-NYA. Bersedih atas satu-satu perkara itu lumrah. Itu tandanya kita masih punya perasaan yang agung yang tidak dianugerahkan kepada makhluk yang lain, yakinlah pada janji Allah."
Maka sesiapa termasuklah penulis blog yang mempunyai hati yang tidak tenang serta jiwa yang kosong sejak kebelakangan ini, maka alternatif-alternatif perlu dicari segera demi menyelamatkan iman daripada terus gersang sepertimana gersangnya pokok sakura di gurun Sahara, haruslah wajiblah kita semua mencari jalan untuk "menyiram hati yang semakin keras" dengan merajinkan diri mencari sedikit bahan-bahan bacaan yang dapat membawa diri kita yang semakin lagha dan iman yang sering naik turun seperti pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ini kembali kepada-NYA. Maka dengan ini penulis blog ingin berkongsi beberapa blog yang sering dilewati olehnya kerana apa yang ditulis oleh para blogger tersebut senang untuk dihadam,*Insya-Allah*. Antara blog bertuah yang Insya-Allah setiap minggu dibuka adalah blog Inche Gabbana-angelweargucci dan blog Hamka-keretamayat. Kadang kala penulis blog ini akan blogwalking blog sahabat penulis blog iaitu throughtrivulet sebab sahabat penulis blog ini selalu menulis sesuatu yang mengingatkan penulis blog bahawa Allah sayang kami lebih banyak tahun ini. Terima kasih yuni sebab selalu tolong ingatkan penulis blog picisan ini bahawa Allah selalu ada bersama dia tidak kira apa situasi yang dihadapi olehnya. Penulis blog ini selalunya cepat mengelabah bila ada masalah. Terima kasih juga yuni sebab selalu je tulisan yuni menyentap penulis blog tentang Dhia DIA. Alhamdulillah ada juga yang "ketuk" kepala penulis blog time-time hati penulis blog ini masuk emergency room gara-gara masalah ketenangan melanda.
Seterusnya sepertimana yang kita tahu ketenangan sekeping hati bergantung kepada amalan-amalan yang dilakukan. Dan dengan ini penulis blog hendak membuat satu pengakuan berani mati iaitu sebagai manusia biasa yang seringkali imannya turun berbanding naik kadang kala seringkali penulis blog tertinggal dan meninggalkan amalan-amalan sunat yang sering dilakukan dahalu. Masya-Allah, dahulu penulis blog seorang yang agak rajin bangun tengah malam untuk berdating dengan Allah tetapi sejak kebelakangan ini iaitu sejak dose ubat -ubat semakin bertambah, tidur penulis blog semakin lena dan hanya tersedar apabila azan subuh berkumandang ataupun lebih tepat lagi apabila tok penulis blog bangun untuk menunaikan sembahyang subuh. p/s:tok penulis blog sentiasa bangun tidur apabila azan subuh berkumandang.Kiranya jam loceng tok penulis blog adalah azan subuh. p/s2:penulis blog juga semakin hairan kerana baru-baru ini sewaktu ber-appointment dengan Dr. Nurul Majidah, beliau memberitahu keadaan penyakit penulis blog semakin ok tetapi dose ubat-ubat seperti metformin and PE telah dinaikkan. Apa kes ni??? Dan alternatif penulis adalah mengerjakan solat sunat hajat dahulu sebelum tidur. *Alhamdulillah tidur semakin berkualiti--->penting untuk mengelakkan stress dan hypertension.* Insya-Allah penulis blog akan cuba beristiqamah melakukan ibadah ini.
Sepertimana yang diketahui tahun 2011 merupakan tahun yang penuh mencabar bagi penulis blog. Boleh dikatakan penulis blog diuji dengan sesuatu yang hebat sehingga melibatkan keimanan dan keyakinan penulis blog. Erkk tahulah penulis blog ini tak hadapi penyakit kronik , Alhamdulillah, tetapi wahai para pembaca sekalian, penulis blog ini ada diabetes kot, di-diagnosed disebabkan keturunan dan maybe juga sebab overweight or diet (Al-maklumlah penulis blog ini berbadan agak besar). Memanglah setiap penyakit ada ubatnya tetapi sampai sekarang masih belum ada ubat yang benar-benar mampu mengubati diabetes, ubat yang ada hanyalah untuk bertahan je,Insya-Allah maybe penulis blog orang pertama yang berjaya menghasilkan ubat mengubati diabetes, "SAY NO FOR DIABETES". Dan bila dah ada diabetes ini ada kemungkinan nak dapat penyakit adik-beradik iaitu heart problem, kidney failure, liver failure, and hypertension. And yang paling takut sekali adalah if this illness effect eyes, kidney and legs. Erkk sebenarnya nak cakap taip yang it's ok if we felt sad when we felt helpless in the battle that we need to face, sometime crying will make you become better. The most important thing ialah tak payah lah bersedih sampai berteriak-teriak and kaki membentak-bentak and tanya why we need to undergo this trial. Like people always said everything happened for many reasons and the most important thing is Allah want to give the best for you. Like sahabat penulis blog berpesan ada perasaan sedih itu satu nikmat juga. Tragik tak kalau ko orang tak dapat bersedih atau menangis sedang kan ko orang patut bersedih atas perkara sedih yang berlaku?? Apa yang penting kerjasama after we cried how we reacted?? Dulu penulis blog always cried samaada loudly or sobs sobs sahaja until one day penulis blog realized yang apa yang penulis blog dapat selepas menangis sakan. Nak kata lega tu memanglah lega but if we did not turn up kat Allah trust me perasan sedih itu akan jadi lebih sedih, sedih and sedih. Ambil peluang ini untuk mengadu berdoa banyak-banyak kepada Allah agar dihilangkan rasa sedih dan hadirkan rasa ikhlas dan redha dalam menjalani ujian tersebut. Tipulah kalau penulis blog cakap dia tak sedih sebab sampai sekarang penulis blog still dapat rasai perasaan kecewa itu just sekarang ini dah kurang sikit and Alhamdulillah dah start belajar terima kenyataan yang certain things need to be handle with different wayS. Insya-Allah time will heal setiap luka-luka, even though ada parutnya. Tipulah kalau penulis blog cakap yang dia tak rasa apa-apa when people kept telling her the same things , "ohh muda-muda dah dapat diabetes, tak puas lagi hidup". But bila we treat this problem secara mature, thing will be oklah. Insya-Allah doakan penulis blog ini mampu redha dan ikhlas hadapi ujian ini.
Lastly trust segala janji-janji Allah. Allah dah berfirman bahawa Allah akan bersama kita, yang penting bila kita rasa kasih Allah adalah segala-galanya Insya-Allah everything will be fine. Kan Allah dah berfirman bahawa setiap kesusahan itu akan didatangi bersama-sama kesenangan. Look at my condition even though di uji dengan penyakit, Alhamdulillah Allah mempermudahkan usaha-usaha penulis blog dalam meng-control penyakit. Dulu penulis blog ini anti-makan-ubat tetapi Alhamdulillah sejak di-diagnosed dengan penyakit ini, Allah mempermudahkan segala urusan penulis blog nak makan ubat. Allah hadirkan perasaan berani untuk inject insulin everyday. Bukan mudah nak inject insulin pada diri sendiri, even my mom pun yang di-diagnosed with diabetes sejak 20 tahun dahulu tak berani nak inject insulin sendiri.
So sebenarnya tujuan penulis blog post pesanan sahabat ini adalah nak jadi peringatan terutamanya kepada penulis blog juga yang mana iman penulis blog ini selalu je turun berbanding naik dan oleh sebab itu wajiblah menyegerakan proses baik pulih iman. And kepada yang terbaca post ini serta mengalami situasi yang sama, jangan segan-segan nak menyatakan cadangan dan Insya-Allah kita belajar untuk jadi lebih baik and yang baik itu kita jadikan petunjuk dalam kehidupan kita dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.
p/s: Penulis blog bukanlah nak mencerita keaiban diri sendiri sebab penulis blog ada membuat pengakuan berani mati tetapi lebih kepada perkongsian. Yang buruk kita jauhi dan sama-sama improve diri supaya jadi better than before. Lagipun Allah tak lihat betapa buruknya masa lalu kita, manusia je duk sibuk menoleh masa lalu orang lain tetapi Allah lihat betapa kuatnya kita berusaha untuk menjadi lebih baik.
p/s2: Seperti biasa doakan penulis blog mampu beristiqamah dengan dalam melakukan ibadah ini. Semakin ramai yang mendoakan semakin suka penulis blog. Manalah tahu dalam ramai-ramai yang mendoakan penulis blog, salah satu doa tersebut dimakbulkan. AMIN.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan